~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Tatkala aku menaip entri ini, aku sedang menangis....tengah makan korea ramyeon samyang. lol. sebelum tu bagi aku chance cerita sikit, al maklum lama sudah tak berblog. kot kot ada yang menanti khabar daripada aku. konon. Btw, Alhamdulillah kiranya dah 4 Bulan aku bergelar guru SMKG. sejak aku dapat interim hujung bulan 7 tu, 2 minggu disekolah yang sama dan terus posting disekolah tu. syukur sangat Allah makbulkan doa aku. Apa-apa pun tengah usahakan untuk cepat sah jawatan. Sekolah tu kira lama di area keningau ni. Bapa aku sekolah sana dulu, zaman 60-an. lama weh sekolah tu wujud. Bertuah dapat mengajar di sana sebab rakan kerja sangat baik dan banyak membantu, senang nak buat kerja, so..tak lah stress sangat kan. Pihak pentadbiran pun sangat bekerjasama. syukur. nantilah aku cerita pengalaman aku ya.
Baru 4 bulan kerja ni aku dah beli kereta weh haha..kereta biasa-biasa jak, myvi SE 1.5, okay lah tu untuk gegirl macam aku. Guna pun untuk ulang alik balik sekolah ke rumah. kira okay lah. Ada juga yang cakap awal weh kau beli kereta, kerja baru 4 bulan..hmm kalau boleh aku tak nak beli kereta nii tapi aku tengok keadaan yang memerlukan sekarang. sebelum ni bapa aku yang hantar dan ambil tiap hari aku mengajar..kesian kot, aku nak juga berdikari bawa sendiri. lagipun kereta bapa aku manual..aku tak boleh guna hahaha so, aku beli auto, senang.
Sebelum aku beli pun, aku dah fikir panjang, siap bincang juga dengan bapa dan mama. Diorang izinkan dan setuju, sejuk lah hati sikit kan. walaupun aku tau apa yang aku akan hadapi bila dah ada komitmen dengan kereta ni, yalah bayar bulan-bulan, insuran dan roadtax lagi kan..tambah dengan ptptn aku. tapi InshaAllah aku boleh. Dari situasi inilah aku dapat manage gaji aku, Ada juga yang cakap, baik kau kumpul duit beli rumah dulu, aku setuju juga tu..kalau boleh memang nak ada rumah sendiri, tapi macam aku cakap kat atas lah, keadaan memerlukan kereta sekarang berbanding rumah. Aku bersyukur juga sekolah aku mengajar ni, dekat jak dengan rumah..tinggal pun tanah keluarga dan rumah keluarga bukan sewa. Nasiblah checklist aku nak kahwin jauh lagi haha. tapi kalau jodoh datang awal, takkan nak tolak kan. hoho.
Aku sebenarnya barulah terasa bagaimana payahnya bapa aku manage duit untuk keluarga sejak dulu sampai bapa aku dah berpencen ni. gaji yang 2 ribu ke atas pun macam air jak mengalir keluar. haha. Tapi, sepanjang aku gaji tak pernah lupa nak bagi duit gaji dengan mak bapa aku alhamdulillah. walaupun mak bapa kita bukan jenis meminta sebab diorang sangat faham. tapi itu tak jadi masalah untuk memberi, orang kata itu satu cara balas jasa mereka. yep betul. Sekarang ni pun tak pernah tinggal untuk simpan duit dalam ASB aku dan tabung kecemasan aku haha. aku harap aku boleh buat saving challenge nii.
okaylah itu jak setakat ni, kalau pelajar aku baca karangan aku ni memang malu lah aku haha. Tak ada yang mustahil. izinkan cikgu undur diri. k bai.