Kurangkan tekanan kerja cara Islam

6:42 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Peringatan untuk diri dan masyarakat

Setiap manusia tidak terlepas daripada pelbagai dugaan dan cabaran dalam menjalani kehidupan, Betul tak? Dugaan tersebut ada kalanya memberi tekanan mendalam pada kita seterusnya menjejaskan konsentrsi menjalankan rutin harian. 

Terutamanya bagi seorang wanita bekerjaya. Walaupun tekanan kerja itu adalah perkara normal, tetapi jika gagal dikawal, dibimbangi perasaan tertekan akan terbawa-bawa ke rumah hingga menjejaskan hubungan dengan keluarga kerana hati terlalu runsing.

Bagaimanapun bagi seorang muslim, kita mempunyai penyelesaian terbaik mengikut cara islam bagi mengatasi tekanan bekerja. Apa yang penting sekali ialah kita merujuk semula kepada ajaran Islam dengan memahami panduan daripada al-Quran dan sunah Nabi.

Dengan niat yang ikhlas, berikut dinyatakan beberapa panduan bagi mengurangkan tekanan bekerja. Semoga dapat dipraktikkan dan mendapat keberkatan Allah SWT. 

1. Pastikan kita sentiasa berada dalam berwuduk.
2. Jadikan al-Quran sebagai teman.
3. Rajin tunai solat sunat.
4. Sering memanjatkan doa kepada Allah
5. Sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita.
6. Aktif dengan aktiviti sukan.
7. Menangis untuk meluahkan.
8. Diet dan disiplin tinggi.

Insha Allah jika ini dipraktikkan, tekanan tersebut akan berkurangan kerana ajaran Islam mampu memberikan ketenangan kerana kita berusaha mendapatkan keredhaan-Nya. Peringatan untuk diri juga apabila dah bekerja nanti aamiin.

#Alhamdulillah, akhirnya result temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 telah dapat tempoh hari :) Syukur sangat dapat juga mencapai cita-cita saya sebagai Pendidik anak bangsa. Terima kasih atas doa semua. Thank you Allah!


You Might Also Like

10 comments

  1. Nice info sis! btw Big congrats to you berjaya dalam temuduga! =D

    ReplyDelete
  2. nice info :)diakui, kadang2 kerana kerja, tertekan lebih juga. huhu

    ReplyDelete
  3. wahh bakal cikgu ke? tahniah sis :)

    ReplyDelete
  4. wah. thank u kak <3
    you only live once why so stress right...
    alhamdulillah! i really need this remedies thank u kak <33333

    ReplyDelete
  5. tahniah awak! ^^ semoge berjaya dalam kerjaya tersebut! besar tanggungjawab pendidik ni dan besar jugak darjat seorang pendidik ni! :)

    ReplyDelete
  6. Wow congratsssss! and thank you for the tips.

    ReplyDelete
  7. info yang berguna.ucing singgah sini (>.<)

    ReplyDelete
  8. wah !! bakal ticer lah nih.. hee~ semoga urusan dipermudahkan ya..

    ReplyDelete