~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Teringat zaman universiti, kata orang zaman universiti lah korang mula kenal dunia. yakah? iyalah kot sebab waktu itulah korang berdikari tanpa mak bapa. mula kenal mana lawan dan mana kawan. paling femes waktu di universiti, korang banyak berjimat kononya dan pada waktu yang sama banyak keluar duit. pinjaman atau biasiswa macam biskut sekejap jak habis. Zaman pekerjaan lagi ler..
Imbas kembali waktu nak pilih univerisiti dulu, cakap dengan parents nak pergi U Semenanjung, UPSI, sebab kononnya nak merantau keluar dari Sabah haha! tapi mungkin doa bapa saya kuat, saya dapat UMS, Sabah juga alahai tak lari ke mana saya ni haha. Lagipun bapa waktu itu macam tak bersetuju jak pilih jauh, kalau boleh semua di Sabah hoho risau mungkin anak perempuannya ni jauh belajar dan mungkin juga fikir soal kewangan. Tapi apabila terfikir dan renung balik, Allah itu maha Mengetahui, walaupun kira tak jauh dari rumah..mak aiii..banyak dugaannya, terutama soal kewangan. Orang kata mana-mana pun kita boleh berjaya tak kira jauh ataupun dekat. Alhamdulillah, waktu itu masih mempunyai ibu bapa, kakak, abang dan sahabat baik yang banyak bantu, tanpa mereka siapalah saya. T_T
Tapi bila orang kata ini --> adalah perkara yang pelajar IPT lakukan untuk terus hidup mengikut ekonomi 2016 <--- macam tak percaya pula hihi. lagipun, saya tengok mahasiswa/i sekarang ni canggih! faham-faham ler..Apa-apa pun study perlu di utamakan dan buatlah kerja amal sebanyak mungkin. Jangan menyesal dikemudian hari. Banggakan mak dan bapa. rugi kalau tak buat baik-baik. macam saya kecewa tak berlagu haha! lagipun, lepas tu zaman pekerjaan korang bakal muncul itupun kalau terus dapat huhu. macam kami ini, #ASALKANPOSTING. tak minta lebih >-<
Note : Bersyukurlah sekiranya masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menyokong. Jangan hampakan mereka!