Terima seadanya...

10:06 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

"Sesiapa yang tidak bersyukur atas nikmat yang sedikit, hakikatnya dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak. Dan sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia, hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah." (Riwayat Nu'man Ibnu Bashir)

"Qanaah atau merasa cukup sesuatu nikmat yang telah sedia ada itu merupakan suatu kumpulan harta yang tidak akan habis dan suatu perbendaharaan yang tidak akan musnah." (Riwayat al-Qudhaai)

Dalam kehidupan, kita biasanya tidak akan dapat semua yang kita mahukan. Ada yang susah dari segi kewangan tetapi mempunyai ramai anak. Ada yang kaya raya tetapi kesepian dan impikan cahaya mata. Ini adalah sebahagian rahsia Allah, bukan kerana Allah tidak sayang tetapi kerana Dia sudah membuat perancangan yang rapi untuk manusia.

Jalan terbaik, berpuas hatilah dengan apa yang diberikan dan janganlah rasa kecewa. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kita tidak akan dapat semua yang kita mahukan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang riak dan lalai.

BISIKKAN KE HATI
"Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginanku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya."

You Might Also Like

6 comments

  1. and because everything happens for a reason too.



    But perhaps [that] you dislike a thing and it (is) good for you; and perhaps [that] you love a thing and it (is) bad for you. And Allah knows while you (do) not know. [2:216]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep :) ada kat sini http://nazihah-suarahati.blogspot.my/2016/02/berpada-pada-dengan-rezeki-allah.html

      Surah al-Baqarah 216 :) terima kasih Scya

      Delete
  2. Kita suka tgk benda dengan kacamata sendiri. Kalau tgk dgn kaca mata Allah mesti semuanya cantik

    ReplyDelete