Wanita kerjaya awasi Sindrom CVS!

5:36 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Sindrom CVS merupakan sindrom penglihatan komputer atau lebih dikenali sebagai Computer Vision Syndrome (CVS). Persatuan Optometrik Amerika mendefinisikan CVS sebagai masalah mata dan penglihatan yang kompleks akibat penggunaan komputer untuk satu jangka masa yang panjang. 

SIMPTOM-SIMPTOM :
1. Sakit Kepala
* Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Pemeriksaan mata yang lengkap harus diberi keutamaan. Kerana jika sakit kepala yang dialami tidak ada kena mengena dengan mata, anda harus pertimbangkan pula untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
2. Sakit Mata dan Kering
* Cuba untuk mengerdipkan mata sekerap mungkin ketika menggunakan komputer. Air mata tiruan turut membantu dalam sesetengah suasana kerja dan juga baik untuk mereka yang memakai kanta lekap.
3. Penglihatan Kabur
* Cermin mata adalah jalan penyelesaian yang paling sesuai buat mereka yang mengalami masalah penglihatan kabur. Ia mungkin dipakai untuk penglihatan jarak jauh mahupun dekat, bergantung pada keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap mata.
4. Keletihan Mata
* Keletihan mata lazimnya disebabkan kombinasi ergonomiks(peraturan kerja) yang lemah, tabiat kerja yang tidak betul atau masalah visual yang tidak dapat dikesan. Pemeriksaan mata yang lengkap, penilaian terhadap tempat dan suasana kerja serta mengubah tabiat kerja harus dipertimbangkan jika timbul masalah sebegini.
5. Sakit Belakang dan Tengkuk
* Betulkan postur anda! Bagaimanapun, mereka yang memakai cermin mata sering duduk dalam posisi yang tidak sesuai bagi membolehkan mereka melihat dengan baik, pastikan penglihatan anda tidak mengganggu postur badan ketika duduk. Masalah penglihatan yang tidak dirawat boleh menimbulkan masalah yang sama, jadi pastikan anda mengalami pemeriksaan mata.
6. Penglihatan Ganda Dua (Double Vision)
* Penglihatan ganda dua boleh menjadi tanda-tanda bagi masalah yang lebih serius. Disarankan agar anda menjalani pemeriksaan mata yang lengkap.

RINGKASAN :
* Bertemu dan mendapatkan nasihat doktor mata. Periksan Skrin komputer (ubah gaya pencahayaan meja), Rehatkan mata sekerap yang boleh, Kerdipkan mata sepenuhnya sekali atau dua kali, Bangun dan buat senaman regangan setiap 20 hingga 30 minit serta awasi postur anda.

Info Kesihatan, Moga bermanfaat.


You Might Also Like

14 comments

  1. already experienced this since mata memang dah rabun...nak2 lagi sekarang study course komputer...memang dah gali kubur sendiri...hahahaha...tapi nak buat macam mana...dah terkahwin dengan komputer ni memang dah tak boleh nak lari...huhu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe InshaAllah boleh kurangkan skit :) jaga kesihatan itu yg penting :)

      Delete
  2. Assalamualaikum warahmatullah,
    terima kasih perkongsian. Apa yang saya perolehi daripada n3 ini? Saya adalah di antara penghidap sindrom ini. Ada di antara simptomnya memang saya alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam abuikhwan..sy juga sama hehehe

      Delete
  3. salama. jemput join segmen bloglist saya http://iniblogke.blogspot.my/2016/02/iniblogke-mac16-bloglist.html#.VtUlJ_l96M8 thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Osman..sy akan join nnt ya hehe harap belum tamat

      Delete
  4. takutnya.... memang kadang2 ada masalah sakit kepala, sakit mata padahal still student :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu perkara biasa dik huhu akak dulu pun bgtu, sbb kita ni terdedah dgn laptop hehe kalau study lewat mlm pun sebabnya juga tu, apa pun jaga kesihatan, kalau tak ssh nak study :)

      Delete
  5. BETUL.. my friend selalu sgt sakit mata.. sebab silau dan selalu hadap skrin

    ReplyDelete
  6. thanks for info.. :) saya tambahkan sikit ye.. hihi. selain itu pengambilan vitamin sebagai ikhtiar pun boleh. contohnya caratomax & vivix shaklee sebagai supplement ikhtiar. ^_^ makan dua ni, serius ada perubahan... cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe cik kyra..InshaAllah nnt nak cuba jugalah shaklee hihi

      Delete