Doa untuk sahabat, perlukah?

11:46 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Rindu. Time ni dah super senior tapi, maintain muda semuanya ceh! haha
Credit Picture : Mohd Radzwan

Kita selalu berdoa untuk ibu bapa, suami, anak-anak dan anggota keluarga. Malah kita juga tahu mereka pun pasti mendoakan kita. Tapi, pernahkah kita berdoa untuk orang di luar lingkungan kita, misalnya teman sepejabat, majikan kita, rakan yang baru kita kenali atau umat Islam secara keseluruhannya?

Doa ke arah kebaikan daripada seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain sememangnya amat digalakkan oleh syarak. Tidak kiralah sama ada mereka tahu atau tidak bahawa kita mendoakan mereka, yang penting doa yang tulus akan samapai terus kepada mereka. InsaAllah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud. "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya tanpa pengetahuan saudaranya itu, maka malaikat yang ditugaskan untuk itu akan berkata: "Amiin", dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." (Riwayat Abu ad-Darda' Radiallahu Anhu).
Apa sahaja kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diamiinkan oleh malaikat agar dikabulkan Allah SWT. 

Oleh itu, jangan sesekali kita rasa rugi mendoakan orang lain, kerana orang yang berdoa itu juga akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya, InshaAllah. Doakan saya :)


You Might Also Like

1 comments