Berpada-pada dengan rezeki Allah
11:03 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia. Mengapalah hidup saya tida seberuntung dia. Mengapalah saya dilahirkan miskin begini..." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.
Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.
Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.
Dalam apa juga perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud, "...Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada, setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah :)
6 comments
Betul..Apapun sentiasa bersyukur dgn rezeki yg kita dpt..
ReplyDeleteindeed, good reminder :)
ReplyDeletenice sharing. terima kasih atas perkongsian (:
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian entry yang sangat memotivasikan, malahan benar-benar mengesankan...
Banyaknya nikmat yang telah kita dapat, jika mahu disenaraikan entah berapa helaian kertas yang diperlukan. Kata buya Hamka: "Lihatlah Tuhan membahagi-bahagikan nikmat-Nya kepada hamba-Nya." Namun, kadang-kala kita mengeluh dengan nikmat yang mendatang, sehingga terlupa dengan nikmat yang telah sedia ada. Bahkan Tuhan lebih banyak memberi nikmat yang tidak pernah kita minta daripada nikmat yang kita minta. Mungkin kita tidak menyedari??
mesti sedar ada yang lebih malang dari kita :')
ReplyDeleteterima kasih atas sharing di atas.. :)
ReplyDelete