Syahadah Kasih Ayah 10

12:23 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

“ayah mau kau masuk sekolah menengah agama tingkatan 6.” Perlahan ayahnya berkata sambil memandang terus wajah Syahadah.

Syahadah yang mendengar terkejut dan mengerutkan dahi. Hatinya bagai dihiris-hiris dengan pisau. Sakit hatinya mendengar arahan ayahnya itu.

“Tingakatan 6!! Sekolah agama!, kenapa pula ayah! Result Sya cemerlang. Buat apa mau masuk tingkatan 6 lagi. Sya boleh masuk universiti! Sya mau ambil medik dan jadi doktor. Ini cita-cita Sya. Sanggup ayah bunuh cita-cita Sya!!” Syahadah berdiri dan marah sambil merenung tepat ayahnya yang sedang tunduk.

Kakaknya tersedar kerana mendengar kata-kata adiknya yang bersuara tinggi. Dia memandang ke anjung rumah dan terus memerhati.

“jangan Sya menjerit dengan ayah begitu! ayah buat ni juga untuk masa depan Sya. Sya kena ikut cakap ayah!.” Balas ayahnya.

“masa depan??! Masa depan yang menghancurkan hidup Sya?!!” ayahnya memandang tajam wajah Syahadah dengan matanya yang seakan merah sambil tangannya digenggam kuat.

“Sya nda mau!!! Sya tau ayah benci dengan Sya, tapi ayah nda boleh buat sesuka hati ayah menentukan masa depan Sya!! Ayah tolonglah..faham Sya kali ni saja.” Syahadah mula mengalirkan air matanya yang sudah lama tidak mengalir.

Ayahnya diam seketika. Di leraikan genggaman tangannya yang kuat.

“Sya mesti ikut cakap ayah. Esok ayah jumpa Ustaz Sya tanya tentang sekolah agama yang boleh Sya masuk nanti,” ayahnya melipat kain pelekatnya lalu berdiri.

Marah Syahadah semakin memuncak. Air matanya terus mengalir dan dia tunduk. Tangannya digenggam erat dan tiba-tiba novelnya dibaling kuat ke lantai anjung rumah.

Ayah dan kakaknya terkejut. Syahadah terus berlari masuk ke bilik dan menutup pintu dengan kuat. Malam itu air mata Syahadah terus mengalir, matanya bengkak dan dadanya sebak menahan air mata.

Kakaknya risau melihat keadaan itu. Syuhadah mengetuk pintu bilik adiknya tetapi tiada respon. Dia melihat ayahnya masih duduk dianjung rumah sambil memerhati suasana malam. Sesekali terlihat ayahnya mengusap-usap mata. Barangkali menangis ataupun habuk masuk ke mata. Kata hati kakaknya.


**********

Trutt..trutt..trutt!

            Bunyi deringan handphone Syahadah menghentikan lamunannya yang panjang.

          “astaghfirullah al’azim, aku ingat lagi perkara tu,” syahadah berbisik sayu. Air matanya dipipinya dilap.

Dia pergi ke arah meja dan mengangkat telefonnya yang berbunyi tanpa nama.

“assalamualaikum dik.” Ucap kakaknya.

Syahadah kenal dengan suara itu lalu mengukir senyuman. 

“waalaikumussalam, rindunya dengan kakak..! lama nda dengar suara. Ni nombor siapa kakak guna ni?” Syahadah membalas dengan perasaan yang gembira.

“hehehe. Ni nombor abang ipar kamu. Kakak tiada kredit, so pinjam dengan dia. Maaflah lama kakak tak telefon adik. Akak busy bah, adik apa khabar? Akak hantar mesej di inbox adik, adik tak balas pun..” balas kakaknya.

“eh yakah,” Syahadah melihat akaun Facebooknya. Terdapat satu mesej di inbox lalu dibukanya terlihat mesej dari kakaknya.

 “ala..yalah. maaf kak. Adik nda perasan tadi. Lagipun dari tadi adik nda tengok facebook tu. Alhamdulillah adik sihat, kakak? abang ipar? Bila akak cuti?” tanya Syahadah ingin tahu.

“oh nda apa. Kakak sihat jak. Abang ipar kamu pun sama. Tak tahu lagilah dik. Akak ada cuti ka nda ni. Kalau boleh kakak mau balik kampung tengok ayah. Adik? Adik nda balik? Nda lama lagikan cuti sekolah.” Balas kakaknya lagi.

“emm..iya. adik memamg merancang mau balik nanti. Nanti adik tempah tiket balik juga.” Balas Syahadah perlahan.

“baguslah tu. Okeylah dik, akak ada lecture kejap lagi. Nanti akak telefon balik ya, assalamualaikum jaga diri.”

“waalaikumussalam. insyaAllah.” Syahadah menekan butang merah dihandphonennya.

Syahadah mematikan perbualannya dan meletakkan balik telefonnya diatas meja. Dia masih tersenyum dan memikirkan pertanyaan kakaknya untuk balik ke kampung.

Syahadah mengeluh kecil dan melepaskan nafas lega.

Dia meneruskan kerjanya menanda buku latihan pelajarnya yang tertunggak sejak tadi sehingga masuk waktu maghrib dan dia menunaikan solat seperti biasa.

**********

         Peperiksaan akhir tahun semakin dekat. Guru-guru semakin sibuk mengurus pelajar dan pentadbiran Sekolah.

          Syahadah juga tidak lari dari kesibukan itu. Dia banyak menghabiskan masanya dibilik guru dan rumah bagi menyiapkan laporan dan mengkaji soalan-soalan tahun lepas untuk diberi kepada pelajar-pelajarnya.

           “ya Allah, laparnya..” bunyi perut Syahadah berbunyi bagaikan lagu keroncong sedang berkumandang.

          Sejak pagi tadi dia belum makan. Sudah masuk waktu makan tengahari perutnya mula lapar. Dia menutup laptopnya dan buku-buku catatannya. Langkah kakinya menuju ke kantin sekolah.

         Dia melihat sekeliling, ruang makan guru di kantin sekolah kelihatan sepi. Syahadah hanya melihat beberapa orang guru pelajar petang duduk sedang makan dan berbual.

        “em..awal juga cikgu-cikgu ni datang. Rajin betul.” Syahadah senyum sambil berbisik dihatinya.

        Syahadah pergi ke ruang makanan lalu memilih makanan dan bayar. Dia mencari tempat duduk di sebuah meja yang kosong dan duduk sendirian.

            Lama Syahadah duduk dan makan dimeja itu. Tiba-tiba satu suara menegurnya.

“ustazah Sya..sorang je ke?” cikgu Fiza menyapa Syahadah dari belakang. Kerusi kosong sebelah Syahadah ditariknya lalu duduk.

Syahadah sedikit terkejut dirinya disapa. Dia melihat cikgu kecil molek itu disisinya.

“a’ah kak. Saya seorang je. Perut lapar tadi, sebab tu makan kat sini.” Syahadah masih tersenyum dan sengaja berbuat muka lapar sambil tangannya mengusap perutnya yang sudah kenyang.

Cikgu Fiza ketawa kecil.

“Ustazah..minggu depan program Muhasabah diri untuk pelajar dan ibu bapa akan berlangsung. Ustazah datang ya. Manalah tau nak minta bantuan ustazah nanti.” Cikgu Fiza menepuk bahu Syahadah sambil tersenyum manis.

Syahadah mula teringat akan program tersebut. Dia sepatutnya ambil bahagian, tetapi oleh sebab ada perkara lain yang dia perlu selesaikan dia menolak untuk menjadi ahli jawatan kuasa bagi program itu.

“oh ya..hampir terlupa. insyaAllah kak, kalau tiada apa-apa halangan saya akan pergi ya. Semua pelajarkah yang terlibat kak.” Tanya Syahadah.

“emm..rasanya pelajar sesi pagi saja yang akan join.” Balas cikgu Fiza.

Syahadah hanya mengangguk.

“okeylah ustazah. Saya singgah sebentar ja ni, nampak ustazah tadi terus ke sini. Ustazah jangan lupa datang ya nanti. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Cikgu Fiza berlalu pergi meninggalkan Syahadah sendirian.

Syahadah melihat cikgu Fiza berlalu pergi. Fikiran terus memikirkan program itu, dapatkah dia pergi ataupun tidak.

Syahadah mengemaskan pinggan dan air bekas makanannya di atas meja. Dia mengangkat punggungnya dan beredar dari situ menuju ke bilik guru bagi menyambung kerja-kerjanya semula.

**********

            Seminggu selepas itu, berlangsungnya program Muhasabah Diri.

          Syahadah turut pergi menjayakan program tersebut walaupun cuma sebentar kerana dia masih mempunyai kerja yang perlu diurusnya.

           Syahadah melihat begitu ramai pelajar dan ibubapa sesi pagi yang mengikuti program tersebut. Dia tersenyum dan lega program tersebut mendapat sambutan ramai.

          Program sudah bermula, namun orang ramai masih mencari-cari tempat untuk duduk. Syahadah turut membantu guru-guru lain bagi menenangkan para peserta yang hadir.

      Selepas itu, keadaan semakin terkawal. Masing-masing duduk dan senyap. Terdapat juga setengah dari mereka yang sedang berbual sejak dari tadi.

    Pengacara majlis mula membuka bicara. Bermula dari bacaan doa sehingga ucapan daripada yang terhormat dan para VVIP yang datang, program itu dirasmikan.

   “kita mempersembahkan persembahan daripada para pelajar dengan lagunya yang bertajuk ‘Terima Kasih Ayah’.” Pengacara majlis mula mengumumkan persembahan pelajar.

   Tepukan gemuruh mula didengari daripada para peserta yang hadir. Para pelajar memulakan persembahan. Kedengaran sayu suara pelajar menyanyikan lagu terima kasih ayah.

“waktu begitu cepat berlalu
Seiring langkah dalam cerita
Terbayang wajahmu dalam hatiku
Kau adalah kisah yang terindah..
Tajamnya matamu tenangkan hati
Luka hidupmu kau bawa sembunyi
Hangatnya sentuhmu yang penuh cinta
Kau adalah bintang dalam hatiku..
Dalam lelahmu masih kau tersenyum
Dalam duka kau belai aku
Dalam sempitmu ajarkanku tegar
Allah selalu bersamamu
Oh Allah selalu bersamamu..
Ayah..ayah..terima kasih
Kau beri aku cinta.
Ayah...ayah..terima kasih
Ajarkan aku hidup..”

Satu persatu lirik lagu itu, Syahadah hayati dan mula menusuk ke jiwanya. Matanya mula berair dan mengalirkan air mata jernih dipipi. Dia cuba menahan tetapi tidak mampu.

Syahadah mula teringatkan tentang ayahnya. Begitu banyak perkara yang ayahnya korbankan untuknya dan mengajar dia erti kehidupan sebenar. Kalau bukan kerana ayahnya, dia tidak mungkin akan menjadi dirinya seperti sekarang.

“terima kasih ayah..” hati sedihnya berbisik.

Nyanyian tamat.

Syahadah mengusap-usap air matanya. Dia mengeluh kecil.

Dia mula mengelamun dan mengingat kembali kisahnya semasa di sekolah Agama. Program Muhasabah seperti ini juga pernah dia ikuti sewaktu itu. Lamunannya mula berwarna.

Bersambung...



You Might Also Like

2 comments

  1. Nice story Jiha~

    Anda NAK HAMIL? Buntu dah cuba pelbagai cara? : VITAMIN UNTUK HAMIL

    ReplyDelete
  2. @EEQA

    hehe belom kahwin haha
    ok nnt sy tgok blog cik EEQA ya :)
    thanks singgah sini.

    ReplyDelete