Azam mesti realistik

12:09 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Salah satu azam yang telah dipenuhi. 2015

Alhamdulillah, berakhirnya Tahun 2015 dan telah masuk Tahun baru, 2016.

Di ambang 2016 begini pasti ramai menjadikan azam sebagai topik utama perbualan. Masing-masing busy bertanya apa azam tahun baru? Atau pun sudah tercapaikah azam yang lalu? Tentu ada yang menjawab dengan bangga atau tunduk membisu tanpa jawapan.

Membina azam merupakan budaya yang bagus. Namun, azam bukan sekadar suatu matlamat. Azam umpama perkataan baru menggantikan niat. Setiap apa yang kita buat, mesti ada niat kan dan itulah azam. 

Sebab, kalau kita keliru tentang konsep azam, boleh menyebabkan azam tidak mungkin tercapai. Macam saya dulu-dulu punya kes hadoii. Oleh itu, setiap azam yang kita buat mesti realistik, sebab takut-takut gagal terus dirundung duka akibat rasa kecewa kita. lagipun, kalau tidak realistik, sampai bila-bila pun takkan tercapai.

Senang cerita, azam kita yang sangat berharga itu perlu bersesuaian dengan tahap dan kemampuan individu, mesti kukuh dan bertekad cemerlang. Insha Allah akan tercapai. Doakan saya juga ya.

Nota hati : Tiada perkara yang mustahil di dunia selagi kita berpijak di bumi yang nyata. Setiap individu memerlukan azam atau niat dalam kehidupan.

Share lah azam korang, manatau kita geng hehe :p

You Might Also Like

1 comments

  1. Anduu bha. Selamat tahun baru jiha. AZAM tahun baru saya adalah nak membahagiakan kedua orang tua saya. AMIN. hehehehe

    ReplyDelete