Teman tapi mesra @ Teman profesional

11:20 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

BOLEHKAH dua manusia lelaki dan wanita akrab tanpa disulami rasa cinta? kalau benar pun tiada cinta atau sesuatu rasa di hati, tidakkah ia menimbulkan rasa aneh pada mata orang lain yang memandang?

'teman tapi mesra' itulah alasan yang diberikan untuk menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku. Atau 'teman profesional', istilah lain untuk mengelak pandangan dan cakap-cakap orang. Betulkah hubungan itu terjalin atas dasar profesional? *berfikiran positif pun masih menjadi pertikaian.

Apa pun senario ini bukanlah sesuatu yang aneh hari ini. Mungkin hubungan itu tidak dilihat janggal bagi orang bujang tetapi bagaimana jika lelaki dan wanita itu masing-masing isteri orang dan suami orang? tidakkah ia jadi 'menakutkan'?

Kita kata kawan tapi orang yang menerimanya faham lain. kalau sudah terjebak susah mahu berpatah balik. 

You Might Also Like

0 comments