Hanya pinjaman sementara

4:03 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Cantiknya Oki Setiana Dewi ni :)

Saya cemburu melihat muslimah-muslimah yang bergelar jutawan dan mempunyai perniagaan sendiri. Bukan senang untuk menjadi orang kaya. Bukan mudah untuk bergelar jutawan jika tiada usaha dan kekuatan mental juga fizikal. Mereka bukan calang-calang orang.

Tidak ramai yang tahu suka duka mereka disebalik kejayaan mereka hari ni. Kita yang melihat kejayaan mereka memang tergoda dan mengidamkan kejayaan serupa. tapi, tidak semua yang sanggup berpenat lelah seperti mereka kan? Kalau tidak sanggup, orang kata janganlah berangan-angan kosong huhu!

Namun, kaya dan tahap jutawan bagaimanakah yang ideal? sebab, orang kaya selalu dikaitkan dengan sifat riak, kedekut dan mudah lupa diri. 

dunia dan akhirat harus seimbang. Taat pada Allah, menjalankan usaha yang halal untuk mencari kekayaan, tidak meminggirkan keluarga dan banyak berbuat kebajikan tanpa menunjuk-nunjuk.

Jika kita tinjau Sirah Rasulullah s.a.w, antara wanita hartawan dan jutawan terkenal, adalah Sayidatina Khadijah Khuwailid. Wanita ini memang terkenal sebagai wanita kaya ray sebelum mengahwini Rasulullah. Bukan sahaja kaya harta, tetapi juga pekerti dan akhlak.

Apa sahaja yang dikurniakan Allah kepada kita, sama ada wang ringgit, pakaian, kediaman atau sekecil-kecil barang, adalah harta yang merupakan amanah Allah. Semuanya wajib disyukuri dengan cara menggunakan sebaik mungkin. Mana tahu, mungkin nanti harta itu akan menuntut semula haknya di akhirat kelak!!



You Might Also Like

14 comments

  1. nak berjaya bukan sesuatu yang hanya boleh dilisankan dengan mulut tp perlu ada usaha yang istiqamah. kan? nice sharing kak ziha. ^^

    ReplyDelete
  2. cantik betul mbak oki. semoga kita dapat ikuti langkah mbak oki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik :D minat Oki sejak dulu, sampailah dah ada anak Oki ni hehe InshaAllah

      Delete
  3. semoga kekayaan merupakan salah satu asbab kita menjadi ahli syurga. btw saya dah klik nuff =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah munirah :) okay..klik lg nanti ya hehehe gurau..nnt sy klik juga okay.

      Delete
  4. betul betul, thanks kak share ni :))

    and yes, oki tu lawa TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. most wc qila....hehe kenapa nangis haha

      Delete
  5. Semua orang layak & berhak untuk jadi kaya & berjaya. Kalau orang Islam ramai yang kaya raya, tak perlu lagi bergantung ekonomi pada org non-muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, semuanya berhak tp tak semuannya mampu :) InshaAllah, ada hikmah disebaliknya

      Delete
  6. Setuju..di dunia kita tanggung..di akhirat kita jawab...

    ReplyDelete
  7. yup.. diorang pun bersusah payah untuk berada di mana tempat dorang berada sekarang.. cuma bila di atas, jangan terlalu bongkak.. kena pandang juga yang di bawah :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,
    Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan jiha dan diberikan usaha untuk menjadi seperti mereka itu, kaya dunia dan kaya akhirat...aminn

    ReplyDelete