Segmen Awak Orang Mana?

3:04 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Klik Banner untuk Join

Tertarik sangat dengan segmen kali ini.

Okay, saya orang Sabah. Negeri di bawah bayu. Daerah Keningau. Ada tak blogger negeri lain yang pernah ke Sabah? kalau nak cerita perkara atau tempat menarik di Sabah memang banyak, Salah satunya yang sangat terkenal Gunung Kinabalu. Belum pernah daki walaupun orang Sabah, kesian haha InshaAllah suatu hari nanti. Setiap Daerah ada tempat percutian yang menarik boleh di kunjungi antaranya Kota Kinabalu, Sandakan, Ranau, Tambunan, Tawau, Beaufort, Kinabatangan, Tuaran, Lahad Datu, Kundasang, Kudat, Penampang, Tenom dan daerah saya Keningau. 

Kalau daerah saya, tempat percutian yang menarik korang boleh singgah ke Sungai Bunsit, sesuai untuk berkelah dengan family. Tetapi, tak pasti lagi keadaan tempat ni sekarang. Ada yang kata tidak lagi macam dulu. Hmm, perlu tengok dengan mata sendiri nanti. InshaAllah.


Selain itu, Banjaran ; Crocker Range Park. Memang best!! tempat ni sesuai sangat untuk pengemar alam semulajadi. Boleh buat aktivit jungle tracking, sightseeing, perkhemahan. Waktu Fieldwork dulu jak ada masa pergi ni huhu.


Dan yang paling saya suka, Pasar pagi (Tamu ground) dan pasar malam Keningau. Macam-macam ada. Terutamanya makanan sabah. Boleh Google untuk tahu lebih lanjut.

Banyak lagi sebenarnya, saya pun belum explore lagi sabah ni haha. Apa-apa pun. Salam Perkenalan! Boleh belajar bahasa Sabah di SINI

Oh ya, Colour Banner #8CEEA1

Terima Kasih Cik Rrai :)

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi qila singgah dari segmen sama hehe.
    aaaah sabah bah! hehe ramai gak sabah ni hiks.
    Qila orang Gombak btw huhu.

    ReplyDelete