~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Jom cuba kuiz ini ------> [QUIZ] Are You A City OR Kampung Kid? Saya asal dari kampung hihi
Persoalan mengenai haiwan sering terlepas daripada pandangan manusia. Walaupun ramai dalam kalangan manusia yang menggemari haiwan dan memiliki haiwan peliharaan, tetapi ada juga yang menganggap makhluk itu tidak penting. Sebab itu ada yang secara tidak sedar menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk ciptaan Allah ini. *Marah juga bila tengok manusia post kat facebook seksa haiwan huhu
Sesetengah orang menjadikan haiwan peliharaan sebagai terapi. Malah ramai yang menganggap haiwan kesayangan seperti anak atau sahabat baik yang tidak pernah pandai mengkhianati atau menyinggung perasaan. Haiwan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat adalah seperti kucing, arnab, anjing dan haiwan eksotik seperti iguana.
Haiwan jinak kadang kala jadi penunggu setia di kediaman yang kita belai dan kita sayangi seperti anggota keluarga yang lain. Selain itu, tidak kurang juga yang meelihara haiwan sebagai sumber mata pencarian. Ini termasuklah para penternak atau petani yang memlihara lembu, kambing atau ayam untuk tujuan komersial.
Walau apa pun niat kita memelihara haiwan, sama ada sebagai hobi, untuk tujuan keselamatan atau untuk tujuan dagangan, haiwan ini juga ada hak tersendiri. Jadi, sebagai penjaga, ada hak dan etika yang perlu kita lunaskan terhadap haiwan-haiwan itu.
Jangan pandang remeh hal begini kerana dalam Islam misalnya, tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak terhadap haiwan. Kerana setiap makhluk di muka bumi ini diberikan peruntukan hak yang sangat adil. Namun, sebagai manusia yang berstatus khalifah di muka bumi, tugas kita untuk menyempurnakan hak terhadap haiwan-haiwan ini.
Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dalam memuliakan dan menyayangi haiwan. Baginda sama sekali melarang penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan.
