~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Alhamdulillah, bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan dan sabar dengan segala ujian yang menguji keimanan dan ketakwaan kepada-Nya untuk kita lebih merasa dan mengenal erti diri ini seorang Hamba.
Gerakkan badan ke kanan ke kiri. Sakit juga badan ini. Tangan lenguh kaki pun lenguh . ok, bukan nak mengadu. Saja nak beritahu. senyum . Bermalam di rumah keluarga angkat tersayang 3 hari 2 malam (kg.Pahu Ranau). Sempena Program Mahasisiwa Bersama Masyarakat anjuran INTERIM Seksyen1 (UMS). Sangat menyeronokkan. Penat sudah semestinya. Apatah lagi menjadi 'madam' AJK makanan & Jamuan. Sentiasa berada didapur, menukang apa yang patut. Terima Kasih tidak terhingga kepada Syafika, Nasuha, Athirah, Nasriani, Sitie & Tanti yang bersama bertungkus lumus menyediakan makanan untuk geng yang lain dan penduduk kampung. Begitu juga dengan Auntie2 yang disayangi yang bersama menyiapkan hidangan makan malam kebudayaan :) Auntie2 da best!! Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar, semoga diberkati Ilahi. ameen.
Tersenyum bila mengenang kembali peristiwa yang telah berlalu. Gembira, tekanan, sedih dan malu. mungkin anda dah sering merasakan pengalaman seperti ini kan. Sungguh pengalaman itu menambahkan kematangan dalam diri. oh, begini rupanya. oh, begitu rupanya. Sungguh mengajar diri untuk lebih bijak membuat keputusan, apatah lagi bila menjadi ketua yang memimpin seluruh 'anak-anaknya'. Sungguh menguatkan diri untuk lebih tabah dan sabar melayani karenah makhluk yang lain. Rasa bersalah dan berdosa juga timbul, bila hati mula panas mulalah mengata sana dan sini. Astaghfirullah. Sungguh diri ini malu pada-Nya.
Sejuk. itu yang dirasa sepanjang berada disana. Air yang mengalir pagi hingga ke petang bagaikan tidak berubah. tetap sama rasanya. (bukan rasa lidah). Namun itu sudah menjadi kebiasaan. Hidup di kampung sendiri juga begitu. bila sesiapa yang mandi disana awal 5.oo am juga sudah dikata 'Hero Kampung'. Yalah, air yang sangat sejuk dapat ditempuhinya. senyum. Keluarga angkat bagaimana? wah, sangat baik dan sporting :) walaupun cuma 2 malam sahaja disana, namun ukhuwah itu tetap dapat dirasa. Bagaikan berada dalam keluarga sendiri. cucu2 mereka juga comel2 belaka. senyum. Terasa rindu pula dengan mereka. Saat perpisahan pagi itu, air mata mulai mengalir. Sangat tersentuh bila seorang yang ku telah gelar 'ibu' memeluk erat dan mencium dahi ini bersama air matanya yang mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. Walau sangat singkat waktunya, tetapi hubungan itu semakin erat. InsyaAllah, ada kelapangan akan ke sana kembali. Terima kasih buat keluarga itu. Moga Allah membalas dengan syurga.
Senyum kembali. Final exam semakin hampir. Entah persediaan apa yang sedang dilakukan ini. Tolong 'ketuk' sikit kepala ini. Allahumma, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. ameen.
k/p : sahabatku, mereka dah jauh2 menuntut ilmu. Sedih. mesti sukar untuk bertemu Nana & Wawa semoga Allah menjaga kamu. Semakin nak meningkat usia ni, semakin jiwang rasanya. semakin risau, adakah diri mampu menjadi seorang yang bergelar guru ==" jumpa lagi !
