~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
diri gelisah selagi tak berubah, wohoo tak paham! tak paham! Uishh ..mengada-ngada tak paham budak ni!.. (apa yang budak ni merepek, abaikan!)
huhuhu..=_=’
Semua manusia yang bergelar hamba Allah Taala,
Bila ditanya mahukah anda menjadi insan terbilang?
Pastinya jawapan yang diberi, of course! aku mau!
Malangnya,majoriti manusia membina impian melangit
Tetapi tidak melakukan perubahan itu dari akar umbi '=_=
“kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya”
Kalau kita tidak pecahkan tembok-tembok yang menghalang kita untuk
berjaya, manakan dapat kita berdiri di atas arca kemenangan!
Al-Quran sudah melakarkan kepada umat manusia
Maksudnya: “Dan jika kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah.”
(surah Ali ‘Imran:159)
Wah! Betapa indah uslub al-Quran memberitahu kita bahawa,
Setiap kali niat murni kecemerlangan itu dipasang,
Berserahlah kepada Allah Taala.
ingatlah Allah sentiasa kerana sebagai manusia yang terbatas pengetahuannya,
Kita tidak tahu apakah yang bakal menduga niat suci kita.
harapan, apabila kita berserah dan mengingati Nya
waktu kita gembira dan sedih, Allah juga akan mengingati kita
ketika kita gembira dan sedih. Kemudian Allah mengutus para
malaikat untuk memberi semangat kepada kita untuk melangkah lebih
jauh lagi!
Perubahan hati adalah yang paling penting.
Namun ia hendaklah disokong oleh perubahan lahiriah.
Selamat menuntut ilmu!
Ok! =_ =;' huhuu’ ringkasnya..menyedari hakikat ini..
Perkongsian ini hasil minat membaca yang mendalam, *(yakah! tapi, kenapa tak dapat semua ‘A’ dalam ujian..budak yang suka membaca mesti pandaikan!?..tak berapa sangatlah..Ooooiic..bukan mendalamlah minatnya tu…eeee…merepek lagi budak ni..abaikan!)
wassalam..

