~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Ramadhan kareem
Bismillahirrahmanirrahim,
sedar tak sedar kita dah berpuasa 10 hari. Alhamdulillah, masih mampu untuk meneruskan walaupun sesekali diuji. Masih teringat pesanan yang tangan sampaikan pada sehelai kertas khas untuk sahabiah tersayang sebelum ramadhan tiba. "jaga kesihatan ya ramadhan ni sahabat..", aduh! diri sendiri pula yang tak menjaga. saya mendoakan kalian sihat dengan rahmat-Nya. terutama untuk sahabat itu, semoga cepat sembuh dan digandakan kesabaran. InsyaAllah.
Bagaimana ramadhan kalian? alhamdulillah, sekiranya sukses! yang rasa tak seberapa, boleh cuba lagi untuk lakukan yang terbaik, kerana masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia memanfaatkannya, apatah lagi dibulan yang penuh rahmat ini dijanjikan Allah untuk hamba-Nya, masa itu berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup, jangan sia-siakan (saya berpesan pada diri dan kalian)
rindunya saya dengan sahabat blogger semua. walaupun tidak pernah bersua muka, namun ukhwah itu tetap rasa ada manisnya, semanis epal. Teringat! Jus epal yang dibeli masih ada di peti ais, siapa yang nak! manis sungguh rasanya, tak sesuai dengan selera beradik untuk berbuka, banyak ditinggalkan. disebabkan godaan nafsu yang kuat bulan puasa ini, dikatakan bulan yang mencabar, ramai antara kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak (ok, mungkin bukan anda) nafsu manusia memain peranan merangsang keinginan dalam belanja seharian terutama bulan puasa ni. (jangan membazir ramadhan ni) astaghfirullah..
perjalanan bersama sahabiah kesayangan mengelilingi bandar sandakan tempoh hari tidak terbatas walaupun berpuasa. senyum. kendatipun ada sedikit halangan. berkenderaankan kereta bapa (lesen masih duk diam2 dalam dompet, keyakinan nak bawa kereta tak muncul-muncul lagi) terima kasihlah kepada bapa kerana memahami. alunan lagu raya berkumandang di beberapa buah kedai, awalnya lagu raya kedengaran. bulan ramadhan kan masih mencerah. moga tidak melupakan kenikmatan yang patutnya kita cari dibulan ini. kaki melangkah masuk ke kedai buku islam, sejuk telinga mendengar alunan suara merdu bacaan al-Quran. apalagi, sengajalah melamakan diri disitu. senyum. padahal, cuma dapat membeli satu buah buku, ditambah sahabiah punya..jadilah tiga hee~
langkah di teruskan, setiap kali melalui kawasan itu, mesti terlihat hamba Allah ni. sesekali sedekah dihulurkan. selalunya tangan itu tak berapa nak ada isinya, alhamdulillah, ramadhan ini nampaknya tangan yang kosong itu terisi, benarlah bulan ramadhan ini bulan penuh keberkatan, yang senang rajin bantu yang susah. kan baik ia berterusan. senang hati melihat. (nikmatnya bersedekah)
sedikit halangan, hari itu balik rumah awal sebelum zohor, ayah juga yang ambil (manjanya) tak dapatlah menceritakan semua dan maaflah sekiranya post kali ini tidak memuaskan hati anda. tetiba nak bercerita hal ini walaupun segan nak cerita sebenarnya. yalah, lama duk rumah.. keluar jarang sekali, moga ada juga manfaatnya.
p/s : selamat berpuasa, kembalilah kepada kehidupan yang asal, tengah pening2 buat entri ni. kalau banyak typing error, sabar jak lah, maaf (=