Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah !!

7:29 AM

Assalamualaikum
~Sentiasa Mendoakan Kalian dari kejauhan~


Alhamdulillah..sedang ana melawat blog sahabat, terjumpa pula entri tentang ni "Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! "..tertarik sangat dengan entri ni..kreditlah untuk Ukht Atikah Aula moga-moga hasrat murni untuk kempen ini tercapai dengan jayanya :)

Ok!..Blog bukannya sekadar tempat meluah perasaan dan catatan diari perjalanan kita, boleh juga dijadikan sebagai medium penyebaran ilmu yakni ilmu dunia dan akhirat, betulkan? betullah tu!..:) lagipun sekarang ini zaman intelek, kiranya kepada mereka yang suka sangat blogging2 or facebook2 ni (terasa hati pula) so, sesuai sangatlah untuk medium ini digunakan, bagi membantu anda melihat sinar agama Islam dalam penyampaian dakwah "di hujung jari anda!"..Moga ALLAH S.W.T. menggerakkan hati2 mereka untuk lihat pada Hidayah-Nya :) InsyaAllah :D


Aiwa! mari sokong kempen ini! ^_^



Tidak ada ruginya mereka yang berblog kerana Allah. Cuma, pastikan blog tersebut tidak menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab kita sama ada sebagai Muslim, anak, pelajar, pekerja, mahupun pemimpin. Berbloglah kita dengan kebersamaan Allah. Jadikan blog sebagai wasilah dakwah dan bersihkan Internet ini daripada segala unsur kekotoran serta karat jahiliah yang masih berakar umbi padanya. Marilah kita menyediakan Internet sebagai teknologi yang bermanfaat untuk generasi-generasi yang akan datang :)

firman-Nya yang bermaksud:“Kamu ialah umat terbaik yang dibangkitkan untuk manusia; kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.”

Sokong Kempen Ini!

You Might Also Like

7 comments

  1. syukran kerana join kempen ni ye :)
    semoga ianya bermanfaat kpada kita semua~

    ReplyDelete
  2. afwan ukht..^_^
    perkara yg baik jgn dilengah2kan...hehe syabas ukht^_^

    ReplyDelete
  3. salam perjuangan dan salam mujahidah dalam meneruskan dakwah islamiah :)

    ReplyDelete
  4. ukht fieha

    Alhamdulillah,insyaAllah mari bersama berjuang :)

    ReplyDelete