Wanita diruntuhan Pondok

10:02 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Hidup selama-lamanya di dunia yang kau cintai adalah impian yang tidak
mungkin tercapai.

Ketika mendengar tentang seorang yang berwatak zuhud dan terkenal kerana kegigihan dan mujahadahnya dijalan sufi, aku ingin menjumpainya.

Dengan membawa keinginan itu, ku temui dia tinggal disebuah runtuhan pondok, menghabiskan hari-hari siangnya dengan berpuasa dan malam-malamnya dengan solat. Aku pergi ke tempatnya dan tinggal dekatnya. Dia selalu kelihatan giat, tidak menampakkan kekenduran sedikit pun dalam ibadahnya. Suatu waktu, ketika malam tiba, ku dengar dia bermunajat, "junjunganku tidak pernah tidur ataupun mengantuk, lantas bagaimana hamba- Nya boleh tidur? Kerana jika sang Tuan terjaga, seorang hamba tidak boleh tidur. Demi keagungan dan kemuliaan Mu, aku bersumpah, malam ini aku tidak akan tidur."

Ketika pagi tiba, ku ucapkan salam kepadanya, dan dia membalas salam ku. "Bagaimana engkau boleh hidup di pondok yang usang ini, namun engkau memiliki keadaan kerohanian seperti itu?" tanyaku.

"Janganlah mengucapkan kata-kata yang tidak tepat seperti itu, Dzun Nun," dia mencela. "Dalam melakukan tindakan seperti ini, orang tidak boleh memikirkan sesuatu pun selain Tuhan."

"Tidakkah engkau takut sendirian di sini?" aku bertanya.

"Dalam hatiku tidak ada tempat untuk yang selain-Nya. Aku telah menyerahkan hatiku sepenuhnya kepada cinta-Nya dan kalbuku melimpah dengan rahsia-rahsia kerohanian-Nya. Ilmu-Nya mengalir di setiap urat nadiku. Tidak ada sesuatu pun selain Dia yang memenuhi jasadku. Bagaimana aku tidak merasa akrab dalam mengingat-Nya, kerana aku sentiasa sibuk dengan-Nya?"

Aku meminta kepadanya agar membimbingku ke jalan kebenaran dan menunjukkan arah Kesatuan Ilahi. "Aku bersumpah," kataku kepadanya, "diriku bergelimang dalam lautan dosa."

"Jadikanlah takwa sebagai satu-satunya bekalmu, Dzun Nun," dia memberi nasihat, "dan jadikanlah akhirat sebagai tujuan pencarianmu. Jadikanlah kezuhudan dan warak sebagai kenderaan dalam perjalananmu. Dalam berjalan menuju Tuhan, biasakanlah watakmu dengan memutuskan hubungan dengan semua hal. Jauhkanlah dirimu dari dunia. Semua itu akan menjadikanmu mampu kembali kepada khalikmu. Pilihlah teladanmu dari perilaku orang-orang yang takut kepada Allah. Tinggalkanlah jalan para pendosa, sampai namamu tercatat dalam Buku Orang-Orang Yang Mengesakan dan engkau akan melihat, demi Allah, bahawa tidak ada tabir yang menghalangmu dengan-Nya dan penjaga pintu-Nya tidak lagi mengusirmu."

Nasihatnya mempengaruhi hatiku begitu mendalam dan mendorongku segera kembali kepada khalikku. Setelah itu dia berpaling dan pergi meninggalkanku. 

(131 Hurayfisy,op.cit; Jami',Nafahat Al-Uns)

You Might Also Like

7 comments

  1. takwa itu adalah berhati2 dalam melakukan apa saja. ibarat berjalan di kawasan yang penuh dengan duri.. btol x?



    jom baca dan komen Tangkap ikan guna tangan.



    huhuhuh

    ReplyDelete
  2. ha'ah, dah betul dah tu apa shahjiehan ckp ^_^ (lak, adik pula jwb mcm dia pula admin blog ni, haha, adik pernah baca tu) itu kata Sidina Ali bila ditanya apa maksud taqwa, berhati2..

    taqwa, laksana suruhan, tinggal larangan..

    Allahuakbar kak! =((
    baca post ni, crite tu rasa sampai ke hati..rasa mcm apa yg wanita tu rasa, indahnya! terasa kita dgn Allah je..tiada yg lain, dan kata2 dlm kotak pink tu padat! penuh nasihat...syukran akak..='( *pak! pak! pak!*

    ReplyDelete
  3. lama xziarah sini.. datang2 baca entry akak =) teruskan berpena.. =)

    ReplyDelete
  4. terasa rendah sgt diri ni bila baca entry ni :(

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...smkin maju skrg yer..bgs..alhamdulillah

    ReplyDelete