Dua

12:52 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

How's your Iman today? 

Segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar stiap gerak-geri semua hamba-Nya dan Maha Suci Allah yang menjadikan langit yang terang benderang, bintang yang gemerlapan, matahari yang bersinar dan bulan yang mendamaikan serta bumi yang memberi pelbagai nikmat.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semerbak bunga yang sentiasa menyemarakkan bau wangi, hujan lebat yang sentiasa mengalir, orang-orang baik yang sentiasa bertemu, orang-orang salih yang sentiasa berpelukan serta seluruh keluarga para sahabat dan siapa sahaja yang berjalan di atas petunjuk-Nya sampai hari kiamat kelak. 

Benarkah manusia itu ada dua golongan? iaitu orang yang bertakwa dan orang yang sengsara, kelompok orang yang masuk syurga dan yang masuk neraka?

Allah berfirman:"Inilah dua golongan(golongan mu'min dan golongan kafir)yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka..(Al-Hajj:19)

Sedar tak sedar, anggota tubuh seperti mata, hati, telinga dan mulut(lisan) juga terbahagi kepada dua.

Dua jenis Mata

Mata yang mengenal Allah dan menangis kerana takut kepada-Nya, yang sentiasa merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah dan memikirkan perihal penciptaan makhluk-makhluk-Nya.

Mata yang selalu melihat kepada sesuatu yang haram dan berpaling daripada petunjuk Rasulullah s.a.w, gemar melakukan maksiat dan memandang perkara-perkara yang terlarang, mata ini adalah mata yang menangis pada hari kiamat kelak.

Dua jenis Hati

Hati yang mengenal Allah, mencintai Rasulullah s.a.w, dan berjalan dibawah risalah dan sesuai dengan ajarannya. Hati seperti ini adalah hati yang berbahagia.

Hati yang berpaling daripada mengingati Allah, berpaling daripada membaca Al-Quran, lalai bersembahyang, tidak mengenal Allah dan berpaling daripada ajaran Rasulullah s.a.w yang benar. Hati ini akan sengsara.

Dua jenis Telinga

Telinga yang gemar mendengar wahyu Allah, gemar mendengar bacaan Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w serta aktif mengikuti majlis ilmu dan agama. Telinga ini telinga yang bahagia.

Telinga yang gemar mendengar hiburan yang melalaikan, kekejian, kemungkaran, sesuatu yang menjauhkan memalingkan pemiliknya daripada Allah serta membuat Allah murka kepadanya.

Dua jenis mulut(lisan)

Lisan yang sentiasa berbicara dengan penuh hikmah, mengatakan kebenaran, berzikir kepada Allah dan mengajak orang berbuat kebaikan dan bukan kemungkaran.

Lisan yang suka mengumpat, menipu, mengejek, menghina dan membuat fitnah. Lisan ini sangat rugi sekali.

...........................................................................................................

Mengaku diri pernah hanyut dibuai dunia yang penuh tipu daya. Masa silam yang membuatkan diri malu kepada diri sendiri, apatah lagi pada-Nya yang mengetahui segala macam yang dilakukan hamba-Nya. Apa yang boleh kita sorok dari-Nya? tidak ada! tidak ada! tidak ada! usah jadi orang yang sengsara! 

Dont ask Allah swt to make your life easier, but instead ask Him to make you a Stronger Person!

Pagi-pagi sakit bahu,
hati kepingin kuih bahulu,
Segala info dapat dari buku, 
membaca itu jambatan ilmu.

(lain macam patunnya :)

You Might Also Like

8 comments

  1. tanpa sedar@ataupun sengaja...tahu akan sesuatu yg terlarang bgnya tapi masih melakukannya..moga diri terhindar dari sifat sebegini..terima kasih nazihah atas peringatan sesama kita...

    *pantun tu baik..^^

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg bagus skli dari Nazihah..teknik penulisan anda smakin bgus juga..tahniah dari WADi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum jiha,

    pantun a.k.a syair pon boleyhh ;) ;)

    Thanks 4 sharing :)

    p/s : jiha ad tumblr ea??byk gamba dr tumblr nih

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang menarik..alhamdulillah..mengingatkan diri agar lebig mjaga 'amanah' diberi..syukran ukht :) ~~amalin

    ReplyDelete
  5. salam ziarah...

    Nice entry... Moga kita dapat menjaga amanah yang diberikan dengan baik... dalam kehidupan seharian, kita selalu lupa, kita sering leka... tidak ada milik kita... semuanya milik yang Maha Esa... bila2 masa pinjaman itu boleh diambilnya...

    bagaimana pula saat kita menghadapnya nanti?? dapatkah kita menjawab segala pertanyaANya...Apa yang telah kita lakukan dengan nikmat pemberianNya???

    Allahu rabbi... syukran atas perkongsian yang membuahkan rasa keinsafan...

    ReplyDelete
  6. bagus entry ni...Nazihah rujuk dari buku ke? buku apa ea?

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah dari saya:) Kita manusia yang selalu saja alpa termasuk diri saya,namun kita masih lagi patut rasa bersyukur krana ALLAH maha Pengampun:)

    ReplyDelete