Sombongkah Aku?

5:38 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Rabiatul Adawiyah, Perindu Cinta Abadi

Rabiah, lahir dari sebuah keluarga yang sangat miskin. Namun tidak pula miskin ketakwaan terhadap ALLAH SWT. Lahirnya dalam keadaan kedua ibu bapanya serba kekurangan, dari segi pakaian, makanan mahupun kewangan. Namun, kelahirannya tidak menyusahkan. Bahkan kedua ibu bapanya berasa senang dan lapang akan kelahiran Rabiah Al-Adawiyah.

Sedari kecil, Rabiah memang menunjukkan kelainan dari segi akhlak dan ibadah terhadap ALLAh SWT. Sangat istimewa. Disaat semua kanak-kanak sebaya dengannya memenuhi masa dengan bersuka ria, Rabiah pula sebaliknya. Beliau lebih cintakan ilmu agama dan membaca al-Quran.

Menelusuri kisah kehidupan Rabiah, kadang-kadang membuatkan saya sebak sehingga tidak sedar airmata sudah mengalir dari kelopak mata. Bukan sedikit dugaan yang Rabiah Al-Adawiyah terima. Kedua ibu bapanya meninggal dunia. Lalu tinggallah Rabiah bersama ketiga-tiga kakaknya yang sedang berduka atas pemergian kedua ibu bapa mereka. Oleh kerana ketabahan dan kecintaan Rabiah Adawiyah terhadap ALLAh SWT melebihi cintanya kepada kedua ibu bapanya, maka Rabiah sangat tabah menghadapi semua itu tanpa tangisan pun.

Diculik lalu dijadikan hamba selama bertahun-tahun, dilaluinya dengan penuh kesabaran. Siangnya dia berkhidmat untuk tuannya, manakala diwaktu malam, dia setia menghadap Tuhannya. Bukan pendek tempoh waktu yang dilaluinya sebagai hamba abdi kepada seorang manusia yang zalim dan akhirnya berubah menjadi seorang yang bertaubat dan beriman kepada ALLAh. Akhirnya Rabiah dibebaskan.

Banyak lagi liku-liku yang dilalui oleh hamba ALLAh yang tinggi darjatnya ini. Ketika membaca dibahagian bab, dimana Rabiah sudah menjadi kurus kering akibat beribadah kepada ALLAh SWT. Sehingga tulangnya kelihatan. Sangat menghibakan. Sampai begitu sekali pengabdiannya sehingga lupa akan makan dan minumnya. Kerana apa? Sangat merindukan ALLAh SWT.

Saya pasti, kita insan biasa ini sudah pasti tidak boleh berbuat demikian. Rabiatul Adawiyah, hatinya dipenuhi cinta ALLAh SWT. Dan cintanya, adalah semata-mata kerana ALLAH SWT. Antara buktinya adalah, ketika mana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan demi pinangan yang berhajat untuk menjadikannya sebagai permaisuri hati mereka. Dan, apabila didalam hati Rabiah itu, tidak terdapat cinta untuk sesiapa melainkan cinta ALLAh SWT. Dan, Ustaz saya sendiri pernah menceritakan, bahawa Rabiah pernah berkata, yang maksudnya lebih kurang seperti ini.

“Cintaku untuk Rasulullah tiada lagi. Kerana jiwaku sudah dipenuhi dengan cinta ALLAh SWT.” Ulama’ sufi wanita yang unggul! Kredit : CintaIlahi.com

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.
Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika kata cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?
Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku
Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

You Might Also Like

6 comments

  1. moga kita juga bisa menjadi seperti Rabiatul Adawiyah..ameen..insyALLAH..

    ReplyDelete
  2. Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
    Perlukah aku membalas YM mu jika kata cinta yang kau ingin bicarakan?
    Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

    Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
    Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.
    (knp mereka ada yg x phm juga klu kte dh ckp cmtu.. hurm..)

    ReplyDelete
  3. xsombong pon...


    hmm... akak, boleh ke tlg buatkan box tu? hehehe...

    ReplyDelete
  4. S'orang sahabat bgtahu...

    Saidina Ali b. Abi Talib r.a. prnah b'kata: Sesungguhnya sburuk-buruk wanita pada pndangan lelaki tetapi baik pd wanita e2 ialah bakhil, sombong + pnakut.
    Wanita bakhil akn dpt mjaga hartanya + harta suaminya.
    Wanita yg smbong akn dpt m'elakkannya dr bkata-kata dgn s's'org dgn nada manja + ini dpt mjaga khormatan dirinya.
    Dan, apabila wanita e2 pnakut, mka dia akn sntiasa duduk d rumahnya + mjauhi diri dari tmpt2 yg b'bahaya..

    ..biar sombong d mata lelaki, asal manis + cantik bila bhdpn dgnNya. InsyaAllah. (^^)

    Ada slh, tlg btulkan ea...

    ReplyDelete
  5. yaa 愛 NurAlhamdulillah,terima kasih sudi komen disini,maaf saya baru ternampak komen Nur ni :)

    setahu saya apa yg Nur nyatakan itu adalah benar,tujuan kita didunia ini pun hanya kerana Allah,yang kita perlukan hanya pandangan Allah,Allah Maha mengetahui :)

    dunia diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk akhirat :)

    terima kasih :)

    ReplyDelete