Salam Syawal

9:21 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
~salam syawal~

the time spent passed so quick
I shall surely miss Ramadan and I pray to Allah
that He allows us to reach next Ramadan

Subhanallah, our noble companion came and has now departed. 
Eidul fitri bermaksud kembali kepada fitrah, ie sifat asal kita yang amat bersih, murni dan positif. Untuk dapat hakikat Eidul fitri yang sebenar, mari kita fokus kepada sifat kita yang negatif yang kita nak hapuskan mulai pagi raya. Doa, azam, cari kawan positif yang dapat bantu dan benar-benar usaha untuk benteras sifat tersebut (Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Ramadhan terakhir, adakah lagi ramadhan buat kita? InsyaAllah, semoga berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Mungkin blog ini akan semakin menyepi selepas raya nanti, maaf sekiranya tiada perkongsian yang diberi. budak masih nak belajar begitulah jadinya :) doakan saya yang baru nak menjejakkan kaki ke alam U ni ya, moga ditetapkan iman dan tak lari dari niat yang sebenar nak ke sana, insyaAllah :)

Dikesempatan yang ada ini saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin! jaga adab dibulan syawal ini ya. Makan tu jangan berlebihan sangat, almaklum kuih-kuih raya manis-manis semuanya :) maaf dipinta pada sahabat-sahabat blogger sekalian, sekiranya ada terkasar perkataan yang membuatkan anda rasa sedih atau marah dengan entri saya. zero-zero ye dan kalau saya dah lama tak komen entri-entri kalian, maaflah..ada masa terluang saya akan berkunjung, insyaAllah. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu ‘aamin wa antum bikhayr (May Allah accept it from us and you and may you be well every year). Ameen

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, syawal pula akan menjelang tiba, moga amalan-amalan soleh yang kita lakukan dibulan ramadhan tidak akan berakhir cuma disini sahaja tetapi akan sentiasa mengalir dibulan-bulan yang lain, mohon doa semoga Allah bantu istiqamahkan diri.

N/s : Alhamdulillah, malam ini keluarga berpeluang memberikan moreh dibulan terakhir ini untuk keluarga2 anggota muslim disini, insyaAllah berserta doa kesyukuran bagi anak-anak anggota yang akan melanjutkan pelajaran, semoga hasrat murni ini Allah redha dan berkati.

M/d : buat abang Azizzul@Adeng yang berada dijohor, Selamat hari raya Deng..sedih, abang tak balik raya sini, tak dapatlah adik mu ni nak minta duit raya tahun ni :') apa2pun kerja2 juga kesihatan kena jaga ya. salam sayang keluarga.

N/s : Buat semua yang mengenali diri ini, salam 'Idul Fitri!! yang dekat kat rumah ni, jemputlah datang rumah jangan segan2 hee~ 

You Might Also Like

17 comments

  1. Salam aidilfitri buat nazihah sekeluarga,maaf dipinta dgn rasa rendah diri sekiranya ada terkasar bahasa dan bergurau tak kena gaya...moga nazihah berjaya dunia akhirat hendaknya,insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  2. Taqabbalallahu minna waminkum.
    InsyaAllah.

    Salam 'Aidilfitri.
    Dan selamat berjaya menempuh alam baru di universiti.InsyaAllah,moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. Bersihkan hati dan fikiran. Raih kemenangan di hari yang fitri.
    Salam eidulfitri, maaf andai adanya khilaf tanpa disedari, tersalah bicara, tersalah komen ke :)

    semoga kita berkesempatan bertemu ramadhan seterusnya..

    ReplyDelete
  4. ana bahibbik moot = sy syg awk sampai nak mati..!heh, kalu di translatekan la :)

    nice post sempena 1 syawal akak :)))

    alhamdulillah tuk ukhwah ini :)
    --amalin ^__^

    ReplyDelete
  5. salam eidulfitri...
    maaf zhir n btin...
    =)

    ReplyDelete
  6. Salam 'alaik dinda Jiha :)

    Salam kemenangan di Aidilfitri :)
    " Kullu a'min Wa Antum Bikhair "

    Maaf zahir dan batin dr akak sekeluarga di perantauan..
    Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim..

    Minal Aidin Wal Fa'izin..aamiin insya-ALLAH

    ReplyDelete
  7. Akh aiEz

    Salam Eidulfitri juga Akh.
    Akh tak salah apa pun :)
    Terima kasih akh untuk doa itu,akh juga saya doakan begitu,insyaAllah.

    ~salam syawal~

    ReplyDelete
  8. Adik Dr Ibnbakr

    Alhamdulillah,syukran dik wafi.
    Salam Eidulfitri.adik yang bakal doktor ni pun semoga berjaya :)

    syukran dik untuk doa itu ^_^ insyaAllah.

    ~salam syawal~

    ReplyDelete
  9. Ukht fa-in

    Alhamdulillah,Salam Eidulfitri juga Farah :) Fain tak salah apa pun,komen pun betul jak hee~

    insyaAllah,terima kasih atas peringatan itu dan semoga dapat bertemu ramadhan seterusnya.

    ~salam syawal~

    ReplyDelete
  10. Adik Amalin

    adik!! rindu maa adik ^_^
    ana bahibbik moot too hee~~

    Alhamdulillah,terima kasih dik. Salam Eidulfitri ^_^ love fillah~~

    ~salam sayang dik~

    ReplyDelete
  11. Ukht Khazinatul Asrar

    Alhamdulillah,terima kasih ukht ^_^
    salam Eidulfitri maaf zahir dan batin.

    ~love fillah~

    ReplyDelete
  12. Ukhtku sayang ♥ ahlia iman ♥

    waalaikumsalam kak Ahli sayang ^_^

    alhamdulillah,insyaAllah syukran kak sayang~ :)

    Salam Eidulfitri juga kak,maaf sekiranya ada terkasar bahasa komen saya.syukran kak.

    ~salam cinta sayang~

    ReplyDelete
  13. Salam Aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete
  14. Salam Aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...
    Alhamdulillah kita mampu menyempurnkn rukun Islam yg ke2..
    Slmt menyambut Aidilfitri buat Ji & keluarga, maaf zahir & batin..
    InsyaAllah..semoga Ramadhan yang lepas bukan Ramadhan yg terakhir bg kita...:)
    Amin...InsyaAllah..semoga kita sentiasa istiqamah melakukan amalan2 yg kita lakukan d spnjg Ramadhan..:)
    Semoga pejalanan Ji sbg pelajar U akan Allah lancar kn...InsyaAllah...Amin..
    jmpt dtg ke rumah jg..:)
    akhir kata... Uhibbukifillah ya ukhti...<3:)

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya...
    Maaf Zahir & batin...

    ReplyDelete
  17. Salam aidilfitri, kemaafan dipohon jika ada coretan, tulisan maupun garisan yang mengguris....
    semoga ramadhan kali ini adalah yang terindah dan terbaik...

    ReplyDelete