Duhai Kasih

8:37 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Before that, I'm sorry because for long time I didn't have time to share something in this blog. This second semester, the schedule is more compact and difficult. although many subjects had to drop because of the problems that can not be prevented. So tired act. but, I'm glad Allah SWT is still give an opportunity for my days with happiness. Thank you Allah (=

10 KEUTAMAAN MENGHUBUNGKAN UKHUWAH 

1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit. 

2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah. 

3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak. 

4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian. 

5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki. 

6. Allah dapat melanjutkan usianya. 

7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati. 

8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya. 

9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh. 

10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman. 

PETUA MEMILIH SAHABAT 

Berkata Hukamak: "Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu". 

Berkata Ulama’ : "Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu. 

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya: 
Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut: 

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu. 

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya. 

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya. 

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu. 

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya. 

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu. 

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali. 

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu. 

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu. 

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu. 

Nasihat Saudara saudariku, Hayatilah Persaudaraan Kerana Allah. Semoga perjalanan hidup kalian sentiasa dilingkungi rahmat dan di bawah peliharaan-Nya jua. Tasbih dan tahmid hanya untuk khaliq yang Maha Pencipta segala sesuatu. Selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasih-Nya, Al-Amin, para sahabah yang setia bersama baginda serta para duat yang sedang dalam perjalanan ke nokhtah kebenaran bersama bebanan tanggungjawab yang terpikul di bahu-bahu mereka. 

Sahabat yang dikasihi, Renungi sejenak firman-Nya yang mulia yang mafhumnya: "Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.". (Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63) 

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah (persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati. 

Saudara yang disayangi, 

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabah, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran. 

Marilah kita renungi kisah pada zaman sahabah. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sabahat terdekat yang kehausan, lalu diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar pula rintihan sabahat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhir pula sayu melihat keadaan kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka. 

Demikian manisnya persaudaraan yang tidak didasarkan kepada kepentingan diri. Tidak terdiri atas sikap haloba harta dunia dan tidak tertegak dengan kata-kata manis semata-mata. Akan tetapi, itulah persaudaraan yang hakiki. 

Lantaran itu, Kembalilah merenungi hakikat kita hari ini. Persaudaraan yang kita laungkan untuk Allah, yang berdasarkan keimanan yang hanya kepada Allah hakikatnya terlalu jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun, tidak mampu kita realisasikan. 

P/S: Sedarilah duhai sahabat, Persaudaraan yang sejati adalah bertitik tolak daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar, semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu dijadikan sebagai iktibar dan tidak harus diulangi. Pohonlah bantuan daripada Allah, moga-moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredai oleh-Nya. 

You Might Also Like

12 comments

  1. untuk menghayati risalah dan ibrah dari para sahabah, saya syorkan nazihah membaca hayatus sahabah karya Yusuf Khandalawi, barakallahufikum


    Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    No matter how busy we are, as a student there must be a way to solve time constrain. Alas! We must be wise to allocate the time and need more to study. Moreover, we to choose the best among the goods!
    Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

    Begitu juga, dalam memilih sahabat biarlah sekali gus menjadi teman hidup dengan mempunyai ciri2 seperti yang disarankan oleh Allah SWT. Kejujuran adalah suatu sifat yang hampir2 hilang dari mukabumi dewasa ini. Ramai yang musnah hasil ketidakjujuran dalam persahabatan. Kalau sekali sudah terkeluar kata2 yang tidak elok, maka Allah SWT menyatakan kemungkinan didalam hatinya lebih besar lagi. Oleh itu, berhati2lah. Surah AliImran:118 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. ya Ad-Dien

    InsyaAllah sy akan cuba cari bahan bacaan itu, Alfu Syukran Ad-Dien.

    ReplyDelete
  4. Ustazah tajnur

    waalaikumsalam wbt :)

    Alhamdulillah, syukran ya Ustazah. InsyaAllah.

    ~susah pula study psiko ustazah ==

    ReplyDelete
  5. trma kasih atas ilmu....insyaAllah cube praktik :)

    ReplyDelete
  6. alhamdullah. blognya udah dibuka kembali.

    selamat menulis,

    ReplyDelete
  7. salam ziarah ukhti naziha;)

    Alhamdulillah.. perkongsian tentang sahabat n persaudaraan yang perlu difahami n diamalkan..

    ReplyDelete
  8. Ukht pengemis Cinta~

    waalaikumsalam wbt Ukht :)

    syukran sudi menziarahi ^^

    insyaAllah.

    ReplyDelete