Pandai you buat ketupat.

1:52 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah. syukur diberikan kelapangan.

Mengumpat, adalah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Pendek kata, mengata orang belakang-belakang.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat sebenarnya berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Em, betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan pula seperti memakan daging saudara seagamanya. Manusia waras mesti tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatnya. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Mengumpat terlalu biasa dilakukan manusia pada masa kini, sebab itu tidak dirasakan ia sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya dan diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Dipetik: Suara Persatuan Ulama Online

P/S : Semoga ada manfaat yang anda perolehi dan semoga kita terhindar dari melakukan perbuatan mengumpat ini. Mari sama-sama memperbaiki diri. Sekiranya ada salah dan silap tolong dibetulkan ya.

"Sejarah berulang kerana manusia belajar daripada sejarah" - Datuk Hj Mazlan UMS ; lec Sejarah Sabah dan Sarawak =)

You Might Also Like

12 comments

  1. hati-hati dengan bicara.
    takut-takut tanpa sengaja.
    termengumpat sini sana.

    nice post cik nazihah :)

    ReplyDelete
  2. masyallah..terima kasih budak kecit atas peringatan ini!.:)

    ReplyDelete
  3. al-ghibah, mahsyur hadith berkaitannya..namun ada beberapa keadaan yang dibenarkan ghibah menurut fiqh wa usul fiqh..rujuk qalam para aimmah

    barakallahufik


    Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan yang amat bermanfaat. bukan senang nak jaga mulut ni, dok ralit berborak, tiba2 termengumpat...eh!

    ReplyDelete
  5. seronok mengumpat nie, kdg2 sampai tak sedar sedang mengumpat..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum , tanpa kita sedar budaya ini mula meresap dlm kalangan masyarakat hari ini.. mengkomersialkan umpat dengan perkataan GOSIP..

    ReplyDelete
  7. @Cik_Shiqah

    yap, kena hati2..kita tak sedar sebenarnya..tup2 dah terngumpat ==

    terima kasih cik shiqah ;)

    ReplyDelete
  8. @E n t o y C a i r o

    sama2 akh ^^

    sy tau akh tak pernah ngumpat org kan hehe~ baiknya..

    ReplyDelete
  9. @abuikhwan

    sama abi =)

    ya2..setuju2..sbb tu kalau takda benda penting nok kecek..toksah dok ralit sgt berboraknya hehe (aduh, maaf merosakkan bahasa) ==

    ReplyDelete
  10. @Ameer Faris

    kan..mmg benar dik..lihat saja dunia media skrg..mcm2 ==

    1st time komen, bagus2 heh

    ReplyDelete