Anak kecil takut api neraka

12:21 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, setiap hela nafas yang Allah kurniakan. Mari bersama muhasabah diri dengan menyelusuri kisah ini agar tidurmu lena dalam rahmat Ilahi. InsyaAllah.

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." 

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kita nanti?"

P/s : Tiada kata mampu terucapkan selain doa. Allahuakbar!

You Might Also Like

8 comments

  1. laju sungguh uodatenya. mendpt kekuatan selepas menghilangkan diri ka?

    ReplyDelete
  2. To shairazi sharizan

    ehem~
    ada kemungkinannya ^^

    apa2 pon semuanya dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. allahu akhbar..terimakasih atas perkongsian ini


    (dah agak dah..mesti menghilngkan diri)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Kesemuanya berkisar janji2 yang dituntut termasuklah hubungan dgn Allah SWT dn hubungan sesama manusia! Surah AliImran:112 ضُرِ‌بَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.

    p/s Selamat Hari Guru Jiha semoga dapat menjadi guru yang berdedikasi.
    Dari Akak!

    ReplyDelete
  6. To E n t o y C a i r o

    Alhamdulillah, afwan akh.

    #begitulahnampaknya :)

    ReplyDelete
  7. To Ustazah tajnur

    Alhamdulillah. syukran ya Ustazah atas pencerahan buat kami.

    #selamatharigurujugabuatUstazah. Jadilahguruyangmenerangikalagelap :)

    ReplyDelete