Sempurnanya Seorang Manusia
10:48 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Semua manusia inginkan kehidupan yang sempurnakan? kehidupan yang sempurna merangkumi kesihatan yang cukup mantap kerana jika kesihatan kita bermasalah maka, kehidupan kita juga turut bermasalah. Diri ini juga mahukan kehidupan yang sentiasa sihat, namun kita manusia biasa, tidak pernah lari dari ujian Allah SWT dan tidak pernah tidak mengalami kesakitan.
Cuba kita fikir sejenak. Kita mahukan kesempurnaan sedangkan ketidaksempurnaan itulah sempurnanya seorang manusia. Andainya manusia itu dikatakan sempurna maka dia sebenarnya bukan manusia. heh. Yang Maha Sempurna itu hanyalah Allah SWT semata. Kita hanya perlu meminimumkan ketidaksempurnaan yang ada. InsyaAllah. (kopipes)
note to All: Makanan jiwa yang sempurna adalah dengan mengingati Allah SWT dengan jiwa yang benar bukan hanya dengan bicara bibir.
~Ya Allah izinkan itu untuk diriku~
4 comments
ketidaksempurnaan mendekatkan manusia kepada Allah.. (",)
ReplyDeletenaam, zikrullah...syukran atas peringatan.. yup manusia kene belajar dr tak sempurna utk jd hamba yg lebih sempurnakpd pencipta dr hari ke hari insyaAllah...
ReplyDeleteTo Ustaz fuad ansari
ReplyDeleteabsolutely ustaz =)
To Akh Bulan Syurga Firdausi
ReplyDeleteInshaAllah, syukran ya akh.