Take Five

11:07 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Hati ini masih cintakan dunia ya Allah, hati ini masih cintakan hiburan ya Allah, hati ini masih takutkan mati ya Allah, hati ini masih leka dengan dunia, hati ini masih lagi lalai dari mengingati Mu, hati ini masih malas utk melakukan ibadah kerana Mu, hati ini masih lupa bahawa musuh yang utama adalah SYAITAN, hati ini masih menjadi pengikut NAFSU semata-mata, hati ini masih alpa dengan kenyataan DUNIA INI HANYA SEMENTARA AKHIRAT KEKAL SELAMANYA, hati ini ya Allah hanya Engkau yang tahu apa yang ada di hatiku ini ya Allah.

Ya Allah, aku pinta kepada Mu kembalikan hatiku yang dahulu, hati yang sentiasa bersemangat untuk mencari ilmu Mu, hati yang sentiasa teruja untuk mengamalkan ilmu Mu, hati yang sentiasa melonjak-melonjak untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi, hati yang penuh dengan cinta kepada Mu ya Allah, hati yang sentiasa berzikir mengingati Mu di mana-mana sahaja, hati yang bersih dari segala dosa noda, hati yang selalu mengingati Mu, hati yang tidak berputus asa dalam memperjuangkan agama Mu, hati yang sentiasa ISTIQOMAH dalam melakukan ibadat kepada Mu, hati yang kuat dalam bermujahadah melawan hawa nafsu dan hati yang sentiasa mencari KEREDHAAN Mu ya Allah. Aamiin.

P/S: take five. Semakin hari semakin menggunung rasanya dengan assignment dan kerja tambahan yang lain ==' Ke-stressan kian berlaku. Rasa nak menjerit menyanyi lagu UMS sekuat hati! tapi, bila ditegur.."kalau stress, check hubungan kau dengan Allah". Allahuakbar..rasa mau nangis pun ada, yup aku ni semakin hari semakin lalai, itulah pasal :(

You Might Also Like

2 comments