Gadis di lembah bani Israel

8:53 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Credit To: [Tumblr]

Ketika sedang berjalan melewati lembah Bani Israel, aku berjumpa dengan seorang gadis yang dilanda kerinduan pada Tuhan. Matanya melihat ke atas, menerawangi langit. Kuucapkan salam kepadanya dan dia menjawab, "Salam atasmu juga, wahai Dzun Nun!"

"Bagaimana kau boleh mengenaliku?" tanyaku.

Dengan sikap seakan-akan menghadapi seorang pemalas yang tidak berguna, dia berkata kepadaku, "Allah yang Maha Kuasa menciptakan roh seribu tahun sebelum menciptakan jasad. Kerana itu, roh-roh manusia berkeliling sekitar takhta Ilahi. Roh-roh yang saling mengenal sejak zaman azali itu, di dunia ini akan saling bergabung dan roh-roh yang tidak saling mengenal akan menjadi lawan antara satu dengan yang lain. Dalam hal ini, rohku mengenal rohmu."

"kulihat engkau adalah seorang wanita bijaksana, "kataku. "Ajarlah aku sebahagian dari apa yang telah diajarkan Allah kepadamu."

"Wahai Abul Fayz," jawabnya, "Tegakkanlah neraca keadilan pada anggota-anggota tubuhmu sehingga semuanya, kecuali hati yang suci, meleleh habis dan hanya Tuhan yang tetap tinggal dihatimu. Setelah itu Allah akan mengizinkanmu tinggal di pintu gerbang-Nya dan mengangkatmu pada darjat yang baru dan memerintahkan pengawal-pengawalmu agar tunduk kepadamu."

"Saudariku," aku memohon, "Katakanlah kepadaku lebih banyak lagi."

Dia menutup kata-katanya dengan mengatakan, "Abul Fayz, ambillah dari dirimu demi dirimu juga. Setialah kepada Allah dan ingatlah Dia dengan penuh kecintaan manakala engkau sedang bersendirian."

#ibn Jawzi, Shifah Al-Shafwah. (By: Dr Javid Nurbakhsh)

p/s: wanita yg cantik tanpa peribadi yg mulia, umpama kaca mata yg bersinar-sinar tetapi tidak melihat apa-apa.


You Might Also Like

1 comments

  1. assalam.... kembali singgah sini..

    ^_~... asif...

    hari tu blog ade mslh... dah free nanti.. singgah la sana...

    suke ! moga allah redha dgn hubungan ini.... uhibbukifillah <3

    ReplyDelete