Novelis dalam Masa yang singkat

8:33 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Allahuakbar, alhamdulillah.
Membersihkan sawang-sawang yang sudah lama bersarang dalam blog ni. Apa khabar kalian? InsyaAllah baik-baik saja kan. sudah lama rasa, ya memang lama tidak mencoret sesuatu diblog ini. lama ditinggalkan kesepian tanpa sebarang perkhabaran. ya, saya baik-baik saja, menjalani rutin sebagai mahasiswi pendidikan. korang?

jika bukan kerana suatu hal ni, memang takkan saya ada masa nak menulis lagi. hehe. Kemahiran Berbahasa Malaysia dalam Pendidikan, menyebabkan students pedidikan menjadi lebih romantis, subjektif, inovatif, kreatif, cintatif, imaginetif dan traumatif. ketawa sendiri. yalah, pensyarah tu bagi asaimen suruh buat Novel 200m/s, dalam masa yang amat singkat. Memang jadi budak sastera la kami. hebatkan. Novelis pun ambil masa berbulan-bulan buat kerja ni. apa-apa hal kami redha sebab takut gagal.

tengah stress juga ni. banyak lagi asaimen yang tertunggak. di tambah pula dengan MicroTeaching nak mengajar pelajar. uh, sediakan RPH dan BBM lagi. memang banyak kerja. tapi bila difikir-fikirkan balik, setiap sudut perkara tu memang ada hikmahnya. yang penting bagi saya, niat! niat biar ikhlas kerana Lillahitaala dan selalu ingat ibu bapa di Kampung. Kerana mereka juga saya selalu kuat, yakin dan rajin untuk berusaha.

Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan sentiasa ada menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandat dan pengubat luka.


Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian.

Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah

Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, dan

Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali

Menggantikannya dengan yang lebih baik. InsyaAllah.

p/s: doakan saya dapat buat yang terbaik dalam bermacam hal okey :) ah, kalau dah siap novel tu, nanti saya publish bagi korang baca. eleh, bukannya best sangat pun saya karang, maklumlah masa singkat (alasan) k bai.


You Might Also Like

1 comments