Segalanya pada hati

12:14 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Sudah lama tidak berbicara soal hati. SECARA fizikalnya, hati hanya segumpal darah. Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada serta berfungsi sebagai peneutral darah.

Namun dalam tafsiran sebaliknya, hati lebih daripada itu. Imam al-Ghazali mengatakan, hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Beliau berkata, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10."

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua aktiviti seseorang. Jika hatinya baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu dan jika sebaliknya maka buruklah peribadi seseorang itu. Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.

Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim).

You Might Also Like

12 comments

  1. betul betul! i really need this kak :) <3
    thank you, so so so much! mmg betul sangat, girls (especially) tooooo obsessed nk jadi cantik luaran sampaikan lupa nak cantikkan iman,hati, perangai, etc.

    ya allah beautify my character purify my heart amin! :)

    ReplyDelete
  2. hati. banyak masalah datang daripada hati. kadang2 tak paham dengan hati sendiri. haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak fikir benda2 negatif boleh jadi masalah juga..

      Delete
  3. setuju !!hati kita berbolak balik jangan di seksa ...banykkan zikir

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  4. singgah + follow sini..

    jemput join GA shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  5. betul tu.. sekarang ramai sibuk nak cantikkan luaran.. dalamannya macam mana?

    ReplyDelete
  6. nice sharing kak.. tq.. :')

    shawal datang singgah sini.. :)

    jemput join GA Shawal ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, salam jumaat mubarakah
    Hati disebut kibdah, juga sebagai qalb. ada yang menafsirkannya dengan nafs. Apapun ia, Rasulullah saw menyebut:
    "Manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinganya ibarat pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya sebagai perutusan, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya." (al-Hadis)

    Maka jagailah hati...

    ReplyDelete
  8. Kena selalu doa supaya Allah yang membolak-balikkan hati tetapkan hati kita kepada kebaikan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, Terima kasih semua. xdpt nak balas satu2, but semua komen sy baca. moga memberikan manfaat yg benar3 bermanfaat, InshaAllah :)

    ReplyDelete