School of Education

9:26 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji, Mendidik dan memimpin, Putera puteri negara kita. Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua. Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta. Amanah yang diberi, Kami tak persiakan. Apa yang kami janji Tunai tetapkan kami tunaikan. (Iklan)

Semakin hari semakin terasa debaran 'bakal guru'. Apatah lagi bila ada yang menegur "selamat pagi cikgu". Allah...terdetik laju disudut hati, mampukah diri menjadi seorang yang digelar pendidik anak-anak muda yang memiliki jiwa yang besar. melihat profesion guru sekarang menjadi rebutan ramai. Selain dikatakan lumayan, ia juga pilihan bagi graduan menganggur sebab itu ada kemungkinannya profesion ini dikata nampak agak "kurang". Maaf jika kurang senang dengan persepsi ini tapi, memang senarionya seperti itu. Seorang guru bukan semata-mata menjadikan tugasnya sekadar 'kerja' untuk kelangsungan hidup, tetapi perlu menjadi ibu, ayah, kawan dan pendengar setia untuk anak didik, bersedia menerima kritikan, dan ikhlas untuk mendidik anak bangsa bebas daripada jajahan minda. MasyaAllah, mulia tugas guru walaupun berat. Mampukah.

Masa jauh meninggalkan. Namun masih teguh menimba ilmu disini, semakin tinggi keyakinan diri moga semakin teguh iman dihati juga sanubari. Tidak punya masa untuk pandang ke belakang kerana mungkin akan ketinggalan jauh dari hadapan. Ukhwah semakin hari semakin rapat. Teringat waktu pertemuan. Saling membalas senyuman. Semuanya ramah belaka. yah, perjalanan masih jauh dan banyak yang perlu diterokai. Oh ya, Major dan Minor telah dipilih, berharap dan berdoa itu pilihan tepat untuk diri. mohon doa kalian. Alhamdulillah, kehidupan ini Allah tentukan cukup cantik siap dengan bonus. Pasang dan surut itu lumrah hidup bagi hamba Nya, maka terima dengan redha dan sabar kerana mungkin kita antara yang bertuah =)

Memohon kemaafan, blog ini nampaknya semakin kurang pengisian, mengomen di belog teman2 juga tak dapat. tp, disyorkan Korang tinjau blog sahabat yang lain seperti yang tertera di sebelah kanan anda. senyum. Blog mereka lebih awesome. InsyaAllah sangat ada manfaatnya untuk kamu. Tak percaya? cubalah baca. Ini sahaja dapat disediakan, sekadar luahan. Benarlah seorang sahabat tu kata, blog wanita ni banyak kes 'meluah'. Jawab saya : biasalah, wanitalah katakan. Apa2pun, Akhirat is no1, but Academic is not no2.

Ada waktu bolehlah baca: Pesan Sahabat Syurga. Mendaki Puncak Menuju Ilahi. Baiki Dunia Perlu Baiki Solat. Kenapa awak tolak cinta saya?. Katak dalam gelas. Erti Kejayaan yang bererti I. Tak nampak. ok, cukup setakat ini. InsyaAllah ^^ Smile and Take Care. Jumpa lagi!

You Might Also Like

6 comments

  1. Syukran ya ukhti... InsyaALLAH, sy doakn kejayaan ukhti di dunia mahupun akhirat.. sama2 kita berjuang..

    ReplyDelete
  2. amin ya Allah....Allah sentiase bantu dlam kite sedar atau tak..kan :)

    ReplyDelete
  3. @Bulan Syurga Firdausi

    ya..betul msf.
    sebab tu kena sentiasa bersyukur :)

    ReplyDelete
  4. @shairazi sharizan

    sy ada hak utk mengatakannya..chehh :)

    mmg awesome Razi..

    ReplyDelete