Tak teringinkah nak ke sini?

12:17 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, fieldwork Geo Fizik 3 hari 2 malam HT17 Pendidikan dengan sains sosial UMS berjaya dilaksanakan. Bertempat di Taman Banjaran Crocker, Mahua Tambunan dan menginap d' Banjaran Crocker, Keningau. Walaupun banyak menyentuh "emosi" heh.


Bakal guru bermalam di sini. Pemandangan hadapan subhanallah sangat cantik, menawan tertarik memang daabom! heh. Lebih-lebih awal pagi, kabus yang sangat tebal dan sangat sejuk. Tak perlu jauh-jauh habiskan duit pergi Korea. Saya syorkan datang ke sini, tak rugi weh =) nak berbulan madu pon boleh :p



Jangan salah sangka, ini bukan jerebu ye :p yang tak tahan mandi dengan air sejuk, sangat dinasihatkan bawa pemanas air hehe. Sejuknya sangat menyengat!

Sebenarnya inilah tempat tujuan utama kami. Kajian dilakukan dengan pensyarah Dr Roslee Talip @ Cikgu Roslee membahagikan dua kumpulan dan setiap kumpulan mendapat soalan yang berbeza. Enjoy sambil menuntut ilmu =) pensyarah kami memang cool & sporting 'tahap gaban, zeaa!



Subhanallah, melihat sendiri keindahan ciptaan Allah SWT. Sangat mendamaikan jiwa, nak saja saya buat rumah disana heh “..Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi (daripada segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan ALLAh dan kekuasaan-Nya).” – Yunus : 101. Melembutkan jiwa.

p/s: Banyak lagi 'view' menarik, unik dan cantik sepanjang keberadaan di Mahua, tambunan. kalau nak tahu, datanglah sendiri ke sini ^^ Setiap kejadian Allah SWT wujudkan ada kepentingan dan peranannya masing-masing, kita sebagai manusia seharusnya berfikir akan setiap hikmah kejadian makhluk. 

p/s: Pandanglah, lihatlah alam yang terbentang luas ini dan berfikirlah setiap kejadian dan hikmahnya. Dari situ kita akan dapat ketenangan dengan mengingati kebesaran Nya. Dan bersyukurlah kita di atas segala nikmat yang melimpah ruah diberikan kepada kita, nikmat Islam, nikmat hidup, dapat menghirup udara segar, nikmat anggota badan dan nikmat mata ini yang maih dapat melihat lagi segala kecantikan dan kebesaran ciptaan-Nya, syukur Ya Allah, Alhamdulillah Sabah negeri di bawah bayu! ♬

You Might Also Like

14 comments

  1. subhanAllah. tengok dlm gmbr je pun dah nampak teruja.. insyaAllah akn sampai sini nti. :)

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi tempat menarik di sini.. taman pertanian lagud seberang pn belum jejak lagi, antara tempat menarik yang berdekatan dengan keningau..^_______^

    ReplyDelete
  3. to anonymous:

    Saya dah pergi Lagud Seberang tu ^^,
    itupun bt fieldwork theory civil engineering. best jg kalu study yg byk kerja luar ni..nikmat..heh~!

    ReplyDelete
  4. to Cik Nisa & Naqib':

    cantik kan ^^,
    insyaAllah, ada peluang pergilah ke sini..ajak sy sekali hehe~

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, sgt teruja walaupun dgn hanya melihat fotonya...

    Sepatutnya saya ke Sabah pada aidiladha baru2 ni utk program ibadah korban bersama yayasan amal, tetapi terpaksa menguzurkan diri ata sbb2 yg tidak dapat dielakkan...
    I-Allah, akan turut serta dlm program amal dan dakwah di negeri Sabah nnti...mudah2an.

    ReplyDelete
  6. dulu sudah sampai kaki gunung kinabalu,

    mendatang panjat pula!

    ReplyDelete
  7. cantik sangat cantik...kabus pagi² mesti sejuk sangat ni...:)

    *assalamualaikum nazihah

    ReplyDelete
  8. Subhanallah... cantik2 pemandangan tempat tu.. teringat mase panjat gunung hari tu..tp ni lg cantik...Allah... :)



    *asif awi2 takut anti dpt saham gambar annisa yg tak bertudung tu....org tertengok dr sini..asif jiddan....harap tak marah pd sy...

    ReplyDelete
  9. @ Bulan Syurga Firdausi

    Astaghfirullah..ye ke.

    itu coursemate non-muslim sy. ok sy akan remove.

    ReplyDelete
  10. @aiEz

    waalaikumusalam. mmg sgt sejuk akh :) datanglah sabah.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. oo yeke tp takut timbul fitnah.. maaf sy pn bkn siqqah.. harap tak marah & kecik hati.. maaf ye..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Tak pernah sampai lagi tambunan nie, tapi kundasang dah pernah. Bernafas pun keluar wap air, rasa mcm kat luar negara.

    Bagus musafir, tengok ciptaan Allah depan mata, dari situ baru nak tersentuh kat hati siapa yang lebih agung.

    -yaqut hulaif

    ReplyDelete
  13. Nazihah pulak tak teringin ke nak ke Cameron Highland pahang?? :)

    ReplyDelete