Muhammad

10:41 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

"Prophet Muhammad (peace & blessings of Allah be upon him) said, “Seek help from Allah (SWT) and do not lose heart, and if anything (in the form of trouble) comes to you, don’t say: If I had not done that, it would not have happened so and so, but say: Allah (SWT) did that what He had ordained to do and your “IF” opens the (gate) for the Satan."— [Sahih Muslim Book 33 #6441]

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.Wdisenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut: 

“Pemilihan Muhammad sebagaitokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan danduniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. “ (The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)

Terasa nak memiliki buku ini

Malah pengkritik Islam, George Bernand Shaw mengatakan: “Saya telah mengkaji beliau, seorang tokoh yang hebat. Jauh sekali untuk mengatakan beliau seorang anti-Christ tetapi layak dipanggil penyelamat kemanusiaan (The Genuine of Islam). Sudah masa untuk kita berfikir sejenak, siapakah individu unggul sebagai ikutan dan contoh kehidupan. Beliau dikagumi oleh lawan dan dicintai oleh para sahabat. Kelahiran Rasulullah di bulan Rabiul Awal adalah MESEJ yang perlu diingati tidak sekadar sebagai bahan sejarah tetapimenjadi ikutan buat setiap insan.

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yangamat mulia.” (Surah al-Qalam : Ayat 4)
Berpandukan kepada pengiktirafan di atas terhadap Nabi Muhammad S.A.W berkaitan personaliti dan cara hidupnya maka apa salahnya kita sebagai umat Islam turut sama berbangga dan menjadikan beliau sebagai mentor kita di sepanjang waktu dan ketika.SEBARKANLAH maklumat ini untuk dikongsikan bersama demi menyemarakkan lagi KASIH dan SAYANG terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.- sumber yang dipercayai. insyaaAllah

#Salam Maulidurrasul 1434H :)

You Might Also Like

3 comments

  1. akak !

    salam maulidurasul....

    allahumma yassir !

    amin ya rabb !

    p/s : lama x dgr khabar ~

    uhibbukifillah

    ReplyDelete
  2. adik kasih umair

    :')

    Alhamdulillah. Salam maulidurrasul juga dik.

    #tak dpt pun buka blog adik

    uhibbukifillah

    ReplyDelete
  3. akak !... sekarang dah boleh...

    hari tu ada mslh sikit...

    singgah sini...

    sukenya...

    #peluk akak ! #

    ReplyDelete