~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Syahadah terperanjat bagai ingin tercabut jantungnya. Dia
duduk bersandarkan bantal dan menggosok-gosok matanya. Dia melihat ke arah
suara yang didengarinya tadi. Terbeliak matanya melihat ayahnya berdiri
dihadapannya dengan muka yang sangat marah. Berdegup kencang jantung Syahadah.
Tangannya mula menggeletar, dia tidak dapat bergerak dari tempat tidurnya itu,
matanya tidak lekang dari pandangan ayahnya.
“bangun..!!!” ayahnya menjerit.
Syahadah sekali lagi terkejut, dengan pantas dia bangun
tetapi tidak berani memandang muka ayahnya. Dia hanya tunduk dan diam. Ayahnya
bergerak ke arah Syahadah. kakinya seakan-akan ingin mengundur ke belakang dan
saat itu Syahadah seperti mahu lari, tetapi kakinya tidak dapat bergerak.
“anak dara apa begini ah!! Balik lewat petang!! Tidur
sampai nda ingat solat!! Mau ayah tampar sekali baru sedar ka!! Sampai bila kau
mau jadi begini!! Menyusahkan semua orang dirumah ni ah!! Apalah nasib ayah
dapat anak macam kau ni?” kesal ayahnya. Suaranya kuat dan tangannya digenggam
erat menahan rasa marahnya.
Mata Syahadah mula berkaca tetapi ditahannya supaya tidak
mengalir. Kata-kata ayahnya sangat menusuk kehati. Teruk sangatkah anak macam
aku? Dia berpura-pura kuat walaupun dimarah ayahnya dan dilemparkan dengan
kata-kata begitu. Dia masih tunduk tanpa berkata apa-apa. Ibunya dan kakaknya
masih tidak berganjak dari situ dan terus memandang Syahadah dan berharap
Syahadah tidak melawan kata-kata ayahnya kerana takut ayahnya akan bertambah
marah sehingga memukul Syahadah. Lama ayahnya berdiam diri dan dia mula sedar
dengan kata-kata yang dilemparkan kepada anak bongsunya itu. Begitu juga dengan
Syahadah hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, ayahnya wajah ayah
yang tegang mula mengendur, genggaman tangannya mula renggang.
“hmm..sudahlah..pergi cuci muka dan ambil wuduk. Waktu
maghrib mau habis sudah,” ayahnya menyuruh perlahan dan keluar dari bilik itu. Syahadah
yang sejak tadi tunduk, mendongakkan kepala dan memandang ayahnya yang berlalu
pergi. Dia melihat juga ibu dan kakaknya menunjukkan isyarat supaya cepat. Dia
merasa sedikit lega. Inilah pertama kali ayahnya tidak memukulnya. Jika dahulu,
tangan ayahnya sudah berbekas dipipinya.
Syahadah cepat-cepat membasuh muka dan mengambil wuduk.
Air paip yang sejuk cukup menyegarkan wajah Syahadah. Telekung dialmarinya dicapai
dan memakainya dengan tertib, lalu pergi ke ruang tamu untuk bersama menunaikan
solat maghrib berjemaah. Dia hanya mampu tunduk dan berdiam diri, sekilas
sahaja matanya memandang ayahnya. Ayahnya kelihatan tenang. Mereka terus
menunaikan solat. Suara ayahnya yang merdu ketika membaca ayat-ayat suci
al-quran dapat membuatkan jiwa-jiwa mereka yang mendengar menjadi tenang dan
sayu. Syahadah saat itu seperti tidak dapat menahan sebak didada, air matanya
mula mengalir sepanjang solat itu. Dia masih tidak mengerti, apa sebab sebenarnya
yang membuatkan dia menangis?.
**********
Seusai solat Isya’ dan
membaca doa, Syahadah dengan pantas mengatur langkah masuk ke bilik. Dia masih bengang
dengan ayahnya.
Namun belum sempat Syahadah
melangkah pergi, suara ibunya mula kedengaran.
“Syahadah, salam ayah kau
tu dulu,” pinta ibunya.
Syahadah yang mendengar
suara itu, berhenti diam. Sempat lagi dia melihat kakaknya mengenyitkan mata
memandangnya yang berdiri terpaku tidak jauh darinya. “eii..mama ni macam nda
faham situasi anaknya ini..” bisik Syahadah. Syahadah mengetap bibir lalu
memalingkan wajahnya ke arah ayahnya.
Syahadah melihat ayahnya
bangkit dan menepis habuk yang barangkali melekat pada kain pelekatnya, sambil
tangan kirinya memegang sejadah dan melipatnya. Syahadah bersuara. “Ayah..”
Ayahnya mengangkat wajah. Bergetar tangan Syahadah menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengan ayahnya. Lalu tangannya disambut oleh ayahnya dengan
lembut.
Itulah rasanya pertama kali dia merasa hangat sentuhan
dan mencium tangan ayahnya. Entah bila teakhir kalinya dia pernah merasakan
sentuhan itu. Syahadah meleraikan genggaman erat tangan ayahnya. Belum sempat
dia hendak menoleh ke belakang. Ayahnya bersuara.
“ambil al-quran, ayah mau
dengar kau mengaji,” lembut suara ayahnya tetapi tegas.
Tika itu Syahadah
merasakan seperti kepalanya telah dihempuk dengan batu besar. Antara terkejut
dan rasa tidak percaya dengan apa yang didengar. Inilah kali pertama ayahnya
ingin mendengar dia mengaji. Apa sebenarnya yang ayah hendak lakukan? Mau
mencari kesalahan aku lagi ka, supaya aku boleh dimarah? Syahadah berbisik
negatif, tetapi dia cuba mengangguk bagi memberi gerak balas atas permintaan
ayahnya itu. Ibu dan kakaknya sekadar melihat dan mendengar. Syahadah masuk ke
biliknya dan mengambil al-quran, lalu keluar semula melabuhkan punggung
dihadapan ayahnya yang sejak tadi sudah bersedia.
Membulat mata Syahadah
yang sepet melihat rotan panjang sedepa ditangan ayahnya. Dia mula teringat
akan satu peristiwa pahit yang dia pernah tempuhi akibat kesalahannya sendiri.
Ayah dahulu sememangnya seorang yang panas baran dan sering melepaskan geram
terutamanya kepada aku. Syahadah mula mengelamun mengenangkan peristiwa yang
tidak dapat dia lupakan sewaktu masih berumur 10 tahun.
“siapa ambil duit ayah?!!”
tanya ayah Syahadah bagai singa kelaparan. Syahadah menggeletar melihat rotan
tebal ditangan ayahnya.
Syahadah mula teringat,
untuk membeli buku dan peralatan menulis, dia mengambil RM50 dari poket seluar
ayahnya. Dia takut hendak meminta duit daripada ayahnya kerana ayahnya pasti
tidak mempedulikannya dan pasti akan disoal siasat umpama banduan yang ditahan
polis. Begitu juga dengan ibunya, hanya menyuruh meminta terus daripada
ayahnya, tentulah tidak.
“ayah tanya ni!!
Jawablah!!” mata ayahnya tajam memandang tepat pada Syahadah dan kakaknya dan
melepaskan pukulan rotan didinding rumah. Berdesing telinga mendengar pukulan
yang kuat itu. Ibunya cuba menahan marah suaminya tetapi tidak berhasil.
Syahadah langsung tidak
berdaya menentang renungan tajam mata ayahnya. Dia dan kakaknya membisu, cuma
tunduk memandang lantai.
“ooh..nda mau mengaku
ya..kalau begitu dua-dua ayah rotan!!” sambung ayahnya sambil mengangkat tangan
untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang kakaknya.
Syahadah yang sejak tadi
dibelengu rasa bersalah, menangkap tangan ayahnya dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, “Sya yang ambil ayah!, Sya minta ma...”
Belum sempat Syahadah
menghabiskan kata-katanya dan menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata
itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh Syahadah. Kakaknya
tergamam dan lidahnya kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, kakaknya
melihat setitis air mata adiknya, Syahadah langsung tidak tumpah.
Setelah puas melihat
Syahadah terjelepok di lantai, ayahnya merungut.
“kecil-kecil sudah tahu
mencuri, dirumah sendiri pula tu! Apa lagi perbuatan kau yang akan memalukan
ayah di luar nanti?! Kau tu perempuan! Ayah ni polis, di mana ayah mau letak
muka kalau rakan-rakan sepejabat lain tahu ayah ada seorang anak pencuri
dirumah sendiri ah!!” ayahnya masih merenung Syahadah yang masih duduk
menyembah lantai, sambil mengesat air mata yang tidak dapat ditahannya lagi
untuk mengalir. Mata ayahnya juga merah. Rotan ditangan dibuangnya dengan kuat
dan berlalu pergi meninggalkan mereka.
Malam itu, ibu dan kakaknya tidak lepas-lepas mendakap Syahadah. Belakang
Syahadah yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba ibunya ubati, Syahadah
menangis teresak-esak. Kesan pukulan itu masih ada dibelakang tubuhnya dan dia
seperti masih dapat merasai rasa sakit itu. Sejak kejadian itu, Syahadah
bertambah benci pada ayahnya.
“Syahadah!!” suara ayahnya
menghentikan lamunan panjang anaknya.
Syahadah terkejut, lalu
memandang ayahnya. Wajah ayahnya semakin tenang berbanding dahulu. Dengan lafaz
puji-pujian, Syahadah memulakan bacaan dengan Ummul kitab al-Fatihah. Syahadah
membacanya dengan penuh tertib seperti yang diajar oleh ustaznya semasa belajar
mengaji. Ayahnya mengangguk-angguk sahaja mendengar bacaan Syahadah.
Selepas bacaan al-Fatihah,
ayahnya menyuruh Syahadah memulakan balik daripada surah al-Baqarah. Syahadah
mula mengerut dahi, hatinya meronta-ronta tidak mahu.
“Habislah aku, surah ni aku tak fasih lagi..sudahlah
mengaji banyak kali aku ponteng..” bisik Syahadah.
“Syahadah! Ayah suruh ni,
buatlah..mengelamun saja dari tadi, kenapa?” ayahnya mula bersuara tegas,
sambil rotannya dihayunkan dan memukul lantai rumah. Syahadah tersentak.
Syahadah memulakan bacaan.
Sepuluh ayat pertama Syahadah baca tanpa ada masalah. Ayat ke sebelas, Syahadah
mula hilang fokus dan tidak tahu cara bacaan yang betul. Semasa mengaji,
Syahadah sememangnya malas untuk mengambil perhatian dengan apa yang diajari
oleh Ustaznya. Sudah beberapa kali Syahadah ponteng mengaji tanpa diketahui
oleh ayahnya dan dia lebih suka melepak bersama kawan-kawan lelaki yang dia
rapat.
“Syahadah! panjang dekat
situ kan?! Mad Wajib tu..” Syahadah mengeluh.
“ulang balik dari awal
ayat!” ayahnya menyuruh tegas. Syahadah hanya menurut.
“kenapa baca laju
betul..kan ada dengung di situ!” Syahadah terdiam sekejap.
“sudah berapa bulan kau
mengaji al-Quran..nda pandai-pandai lagi! Kakak kau tu baru beberapa minggu
belajar sudah dapat baca dengan lancar. Tapi, kau??! Apa yang kau belajar ah??
Macamlah ayah nda tau, kau selalu ponteng mengaji. Melepak dengan lelaki-lelaki
samseng tu kan?? Kau tu perempuan Syahadah..sedar diri sikit...ayah sudah nda
tau mau cakap macam mana dengan kau ni. Kau langsung nda dengar nasihat
ayah!..” panjang lebar ayahnya membebel.
Syahadah mengerutkan dahi, matanya hanya memandang
ayat-ayat al-Quran itu sahaja. Tidak berani dia memandang wajah ayahnya saat
itu dan rasa geramnya semakin memuncak. Kenapa aku perlu dibanding-bandingkan
dengan kakak? Oh..rupanya inilah sebab kenapa ayah mau aku mengaji
dihadapannya, sengaja mau memalukan aku depan ibu dan anak kesayangannya yang
seorang tu!” Syahadah bermonolog dalam hati.
“Syahadah!! dengarkah apa yang...” ayahnya menghayun
rotannya dilantai, terus mengejutkan dia, tetapi belum sempat ayahnya
menghabiskan bicara..
Syahadah menutup al-Quran dengan kuat. Ayahnya terkejut
melihat Syahadah bangun dan mengangkat al-Quran. Ayahnya turut berdiri.
“Syahadah! jangan mau kurang ajar dengan ayah ya!!” marah
ayahnya kian memuncak ketika itu, mahu sahaja ditampar anaknya itu.
Syuhadah dan ibunya yang memerhati sejak tadi terkejut
dan cuba menjernihkan keadaan.