Untukmu SABAH.

12:09 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, all praises due to Allah and may Allah increase the honor of Prophet Muhammad and protect our nation from any harm. Melihat keindahan semulajadi yang masih wujud di Bumi Universiti Malaysia Sabah membuatkan hati tenang dan kagum dengan keindahan ciptaan Allah SWT. Bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang Allah masih berikan di sini.

Di kejutkan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu dan berdekatan dengannya telah membimbangkan semua pihak. Hati mana yang tidak risau mendengar dan melihat negeri Sabah tempat kelahiran dan membesar diperlakukan sedemikian rupa. Banyak persepsi dan 'rumors' yang dibuat. No matter 'how' or 'why' keadaan semakin mencemaskan. Janganlah asyik nak buat andaian saja, sedangkan sudah ada yang terkorban. Allahuakbar!

Hasbunallah wa ni’mal wakil

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar (QS Ali Imran: 173-174)

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada Rabbnya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepada Nya. Kerana jika tidak demikian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak berdaya ini saat menghadapi ujian dan cubaan?

Al-fatihah untuk pejuang negara kita di lahad datu mempertahankan negara kita,mohon semua berdoa agar segalanya selamat di sana #prayforSABAH.

c/r: banyak perkara nak diselesaikan semester ni dan banyak konflik yang berlaku heh. sabar je lah. rabbi yassir wa la tu’assir, rabbi tammim bil khayr, aamiin. Sudah dipesan jangan keluar dari UMS sorang2. risaunya. Nau'zubillah -_-


You Might Also Like

2 comments

  1. Mudah-mudahan Allah mengembalik.an semula keamanan dan kedamaian di Sabah. Takziah buat wira negara yg terkorban..

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya selamat di sana..jiha di tawau kan? dekat ke dengan lahad datu??

    moga Allah melindungi penduduk sabah dan tentera yang ikhlas berjuang..amin

    ReplyDelete