Syahadah Kasih Ayah (Akhir)
11:04 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
“ubat apa ni?” mindanya mula bermain persoalan.
Syahadah membelek-belek
ubat ditangan yang dijumpainya itu sambil melihat nama ubat itu tetapi sukar
dia kenalpasti dan tarikh ubat itu masih baru. Syahadah terkejut, dahinya mula
berkerut dan hatinya berbisik lagi.
“sejak bila ayah makan
ubat ni. Kenapa aku nda tahu? Ayah sakit ka?” bisik Syahadah.
“Syahadah..” ayahnya
memanggil.
Dia cepat-cepat meletak
kembali ubat yang dijumpainya tadi ditempat asal. Dia bingkas bangun dan
menyahut panggilan ayahnya lalu keluar dari bilik itu.
“iya ayah..Sya disini.”
“sudah siap bersihkan dan
kemas?” tanya ayahnya.
“sudah, Sya sudah
bersihkan. Ayah bolehlah masuk.” Syahadah tersenyum walaupun dirinya masih
memikirkan soal ubat itu tadi.
“ayah..err..” Syahadah
sukar untuk bertanya.
“kenapa nak..?” ayahnya
hairan.
“emm..tiada apa-apalah.”
Syahadah sengaja ketawa.
Ayahnya hanya
menggelengkan kepala dan turut senyum memandang karenah anaknya itu lalu masuk
ke dalam bilik.
Syahadah menahan nafas dan
menghembuskannya dengan lega. Fikirannya mula berlegar mencari jawapan bagi
persoalan tadi. Tetapi dia mula beristghfar daripada memikirkan perkara yang
negatif tentang ayahnya.
Dia hanya berdoa supaya
ayahnya sentiasa sihat dan dipanjangkan usia untuk dia masih boleh berbakti
kepada ayahnya.
Malam itu, Syahadah
meminta izin ayahnya untu tidur awal. Kepalanya mula sakit dan badannya sedikit
penat, mungkin kerana banyak tugas rumah yang dia lakukan hari itu. Ditambah
pula dengan kejadian pagi tadi dibilik ayahnya.
Dia sejak tadi asyik
memikirkannya dan dia mula terlelap.
Malam itu dia tidak dapat
melelapkan matanya. Dia masuk senyap-senyap ke bilik ayahnya. Dia melihat
ayahnya sedang tidur dengan lena. Dia memegang tangan ayahnya, terasa sejuk.
Namun dia melihat ayahnya seperti tidak bernafas.
Dia memeriksa nadi
ayahnya, dan ternyata ayahnya sudah tidak bernafas lagi. Jantungnya juga sudah
terhenti.
“ayah!!!!” Syahadah
menjerit memanggil ayahnya beberapa kali sambil menangis teresak-esak. Namun
badan yang kaku itu sudah tidak bernyawa lagi.
Tutt..tutt..tutt!
“ayah!!” Syahadah
terbangun dari tidurnya. Badannya berpeluh sambil mulutnya memanggil ayahnya.
Dia melihat jam loceng
disebelahnya yang berbunyi lalu mematikannya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.
Dia mengusap-usap mukanya
yang basah dengan peluh sambil beristighfar banyak kali. Dia lega kejadian tadi
hanya sekadar mimpi.
Tok..tok..tok..
Syahadah tiba-tiba
terkejut pintunya diketuk.
“nak..?”
ayahnya mengetuk pintu banyak kali. Risau kerana terdengar suara Syahadah
menjerit.
Syahadah menghembus nafas
lega. Dia terus bangun dan membuka pintu. Dia melihat ayahnya didepan pintu
membuatkan dia sudah cukup lega lalu terus memeluk erat ayahnya sambil
menangis.
Ayahnya mula hairan.
Ayahnya hanya membiarkan dirinya dipeluk oleh anak perempuannya itu.
“kenapa ni? Kenapa
menangis?” tanya ayahnya.
“ayah..jangan tinggalkan
Sya ya. Sya nda boleh hidup tanpa ayah, Sya kasih ayah” Syahadah menangis
teresak-esak.
Ayahnya senyum lalu
meleraikan pelukan anaknya itu. Dia memegang pipi anak perempuannya dan
membersihkan air mata yang tidak henti-henti mengalir.
“Sya..ayah nda akan
tinggalkan Sya. Tetapi Sya mesti terima kenyataan suatu hari nanti setiap
manusia itu akan pergi kepada penciptanya kembali. Begitu juga dengan ayah.
Ayah sudah tua Sya, ayah sudah tidak mampu.” Ayah menyuarakan rasanya dan air
matanya juga turut jatuh.
Syahadah mengangguk tanda
faham. Air matanya dilap perlahan-lahan dan memeluk ayahnya kembali sambil
berbisik lembut ditelinga ayahnya.
“ayah jangan risau,
Syahadah akan jaga ayah selama-lamanya dan balas jasa ayah besarkan Sya.
Syahadah janji sebab Syahadah kasihkan ayah.”
“ayah juga kasihkan
Syahadah” dahi anaknya itu dikucup dengan lembut.
Ayah ingin anak-anaknya mempunyai banyak kesempatan
daripada dirinya,
menghadapi kesulitan dengan kesabaran,
tidak tergantung pada sesiapa pun, tetapi
mengapa anak mu ini selalu memerlukan kehadiran mu ayah?
~TAMAT~
1 comments
Yeah. Akhirnya abis suda. Terbaikk sahabat! hehe
ReplyDelete