Syahadah Kasih Ayah 12
12:11 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
“ustazah...ustazah..!
Panggilan suara itu
menghentikan lamunan panjangnya. Air matanya sedang mengalir dan dia melihat
pelajarnya Hafiz sudah berada di sebelahnya sambil tersenyum.
“ustazah menangis?” hafiz
bertanya.
Syahadah hanya mampu
tersenyum sambil memicit pipi hafiz yang tembam.
Program muhasabah petang
itu berjalan dengan lancar dan baik. Guru-guru, ibu bapa dan pelajar sudah mula
meninggalkan dewan sekolah.
Selepas membantu guru-guru
lain menyusun peralatan, Syahadah masuk ke bilik guru dan mengambil beg serta
bukunya. Dia segera keluar dan memandu balik ke rumah.
Sepanjang pemanduan
fikirannya tenang. Dia bersyukur kerana Allah telah menunjukkan dia jalan yang
benar dan masih memberi peluang kepadanya untuk menghabiskan sisa hidup bersama
ayahnya.
**********
Cuti persekolahan sudah
pun bermula. Syahadah balik ke kampung halaman dengan penuh rasa gembira dan rindu. Dia tidak sabar untuk berjumpa
dengan ayahnya.
Perjalanannya mengambil
masa yang lama dan akhirnya dia sampai ke kampung pada waktu petang.
Syahadah melangkah keluar
dari teksi dan perlahan-lahan menapak ke arah pintu. Dia berhenti. Buat
beberapa ketika, dia hanya mampu tercegat di muka pintu. Syahadah melihat
sekeliling rumah. Sudah lama dia tidak balik menjenguk ayahnya, suasana rumah
itu sudah jauh berubah tetapi masih cantik dan bersih. Terlalu banyak memori
pahit dia tinggalkan di rumah ini.
“assalamualaikum..assalamualaikum..”.
Syahadah memberi salam.
Beberapa minit kemudian
muncul seseorang dari arah pintu masuk rumah. Wajahnya lembut dan badannya
kurus sambil berjalan perlahan menuju ke pagar rumah. Dia melihat ke arah Syahadah
yang sedang menunggu dan memimpin bagasi diluar lalu bibirnya mengukir senyuman
yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
“waalaikumussalam..”
ayahnya berjalan perlahan dan berhenti dihadapan Syahadah.
“ayah..” Syahadah menyapa
ayahnya.
Ayahnya terus memeluk
Syahadah dengan erat.
“Sya anak ayah..” suara
ayahnya sedikit serak. “ayah fikirkan Sya nda mau balik sudah..”
Ayahnya melepaskan pelukan
itu, matanya yang basah menatap wajah anak perempuannya itu. Syahadah
menguntumkan sebuah senyuman manis kepada ayahnya.
Tangannya mencapai wajah
ayahnya itu, sambil mengesat air mata yang tumpah dipipi lelaki separuh abad
itu. Ayahnya membalas senyuman anak kesayangannya itu.
“sudahlah, mesti Sya
penatkan? Masuk la dulu,” ayahnya menarik tangan Syahadah ke dalam rumah.
“ayah sudah kemaskan bilik
Sya, pergilah rehat-rehat dulu, makanan sudah siap, Cuma kena panaskan saja,”
ujar ayahnya.
Syahadah senyum dan
mendiamkan diri. Dia mengikut sahaja arahan ayahnya. Tanpa berkata apa-apa
lagi, Syahadah masuk ke dalam biliknya.
“nanti keluar makan dengan
ayah ya?” ayahnya berkata sebelum menutup pintu bilik itu.
Syahadah meletakkan beg
pakaiannya dilantai, sambil matanya memerhatikan keadaan bilik yang kecil itu.
Kecil tetapi kemas. Sebuah katil terbentang di tengah-tengah bilik itu dan
sebuah almari baju dipenjuru, sama seperti sewaktu dia kecil dahulu.
Syahadah berjalan ke arah
tingkap yang tertutup, berdiri di situ sambil memandang refleksinya pada cermin
tingkap.
“Syahadah..makanan sudah
siap,” kedengaran ayahnya memanggil.
Syahadah menggelengkan
kepalanya, menyedari dia mula mengelamun, lalu bergerak keluar daripada bilik.
Dia menuju ke arah dapur dan ternampak ayahnya sedang menyusun lauk pauk di
atas meja dapur.
Ayahnya mengangkat periuk
nasi yang panas dan meletakkannya bersama-sama dengan makanan lain. Wap panas
kelihatan terawang-awang di udara.
“duduklah nak” pinta
ayahnya.
Syahadah duduk dikerusi,
matanya memerhatikan lauk pauk yang tersedia.
“banyaknya ayah..”
Syahadah bersuara dan tersenyum.
“mestilah..sudah lama ayah
nda masak untuk Syahadah. Selama ni ayah masak untuk ayah seorang ja,” ayahnya
turut duduk.
" ah..selepas ni biar Sya yang jadi Chef untuk ayah, okay! ". Syahadah memberikan senyuman lebar sambil ketawa kecil dengan ayahnya, ayahnya turut tersenyum.
Semasa makan, banyak
cerita yang disampaikan oleh ayahnya. Sambil mendengar cerita-cerita itu,
Syahadah terbayang betapa sunyi kehidupan ayahnya keseorangan dikampung ini.
Timbul rasa sedih di hati Syahadah.
“mesti ayah merasa
keseorangan di rumah. Tiada sesiapa yang menemaninya. Mama pun sudah
lama pergi,” bisik Syahadah sedih.
Pernah sekali dia meminta
kebenaran pihak sekolah untuk berpindah ke sekolah yang berdekatan dengan
rumah. Dia sengaja untuk mudah melihat keadaan ayah dan dapat menemani ketika
lapang. Namun, pihak sekolah tidak membenarkan, mungkin 3 tahun atau 5 tahun
baru dibenarkan.
“nak..” ayahnya memanggil,
“ayah rasa seronok sangat bila Sya cakap Sya akan balik.”
Syahadah tersenyum melihat
kegembiraan ayahnya. Dia sedar, dia sudah lama tidak balik ke kampung kerana
kerjanya yang begitu banyak.
“ayah..kakak kirim salam
rindu dengan ayah. Kakak nda dapat balik cuti ni sebab dia tengah sibuk disana.
Abang ipar pun sama,” Syahadah berkata sambil mulutnya masih mengunyah.
Perangainya sedikit saja yang masih belum berubah.
Ayahnya mengangguk dan
tersenyum melihat gelagat anak perempuan kesayangannya itu.
Syahadah bersuara lagi
setelah diam seketika. Dia melihat ayahnya berselera makan.
“ayah..maafkan kesalahan
dan kesilapan Syahadah dengan ayah sewaktu dulu ya.” Mata Syahadah memandang
tepat ke wajah tenang ayahnya itu.
Wajah ayahnya terus
berubah. Keningnya dikerutkan, menimbulkan garis-garis usia di wajahnya.
“Sya..nda payah diungkit
lagi cerita lama, ayah nda suka. Biarlah yang lama itu berlalu. Yang penting
ayah masih ada Syahadah di sisi ayah, itu sudah cukup bagi ayah.”
Syahadah tunduk memandang
pinggannya. Dia menahan air matanya daripada jatuh. Selama hari itu dia masih
tidak sedar banyak kali sudah air matanya selalu keluar. Dia juga hairan
mengapa peristiwa silam dia dan ayahnya sering muncul diingatannya sejak hari
itu.
“Sya..sudahlah tu. Tambah
makan lagi, kau tu kurus sudah, risau ayah, nanti kau jadi kurus kering macam lidi.” Ayahnya cuba bergurau bagi menghiburkan hati anaknya itu.
Syahadah ketawa mendengar kata-kata ayahnya itu. Dia gembira dia masih boleh bersama-sama
ayahnya saat itu.
Seusai makan petang,
Syahadah dan ayahnya tidak putus-putus berbual dianjung rumah. Banyak cerita
Syahadah diceritakan kepada ayahnya. Ada cerita lucu, ada cerita sedih dan
manis. Tetapi tidak dapat menandingi ceritanya bersama ayahnya.
Maghrib dan Isyak,
Syahadah meminta izin dari ayahnya untuk solat di rumah dan mereka boleh solat
berjemaah bersama.
Sudah lama dia tidak
merasakan nikmat berjemaah bersama ayahnya.
Selepas solat, Syahadah
mengaji Al-Quran dihadapan ayahnya dengan betul dan tertib. Bacaan al-Qurannya
semakin baik dan lancar.
Ayahnya tersenyum
memandang Syahadah yang sedang khusyuk membaca Al-Quran. Dia masih tidak
menyangka bahawa anak perempuannya itu boleh berubah seperti itu. Dia amat
bersyukur kepada Allah atas nikmat yang DIA berikan selama ini.
Selesai mengaji, Syahadah
menutup Al-Quran dan merenung mata ayahnya yang redup itu lalu memegang dan
mencium tangan kasar dan tua itu dengan penuh kasih sayang.
“ayah..jika bukan kerana
ketegasan dan garang ayah terhadap Sya..Sya mungkin tidak jadi seperti Sya
sekarang. Sya bertuah mendapat ayah seperti ayah Sya dihadapan ini,” Syahadah
tersenyum sambil masih memegang hangat tangan ayahnya.
Ayahnya turut memandang
Syahadah dan mengangguk sambil tersenyum. Lidah ayahnya sukar untuk
mengeluarkan kata-kata.
Malam itu adalah malam
yang paling indah buat Syahadah. Syahadah tidur dengan lena.
**********
Sudah hampir dua minggu
Syahadah bercuti dirumah. Kehadiran Syahadah dirumah telah membuatkan ayahnya
semakin gembira dan sihat meniti hari-harinya.
Pagi itu Syahadah mengemas
bilik ayahnya. Sudah begitu lama dia tidak ke bilik itu.
“Sya..mau buat apa dibilik
ayah ni?” tanya ayahnya hairan.
“Sya mau kemas dan
bersihkan bilik ayah ni. Lama Sya nda kemaskan untuk ayah,” Syahadah
bersemangat.
“alaa..nda payah
susah-susah. Ayah boleh kemas sendiri, kau rehat ja,” balas ayahnya yang tidak
mahu menyusahkan anak perempuannya itu.
“ayah ni..mana ada susah
ni. Kerja senang ja ni. Sekarang ni ayah keluar dulu. Sya mau bersihkan.
Makanan Sya sudah sediakan untuk ayah. Ayah makan ya,” senyum Syahadah sambil
memgang tangan ayahnya.
Ayahnya hanya menggeleng
lalu menuruti kata anaknya itu. Dia kenal sangat dengan perangai Syahadah.
Syahadah melepaskan nafas
lega. Dia memulakan operasinya untuk membersihkan bilik. Dilapnya jendela,
membuang habuk, menukar cadar tilam dan menyapu. Setiap barang yang ada didalam
itu, mahu sahaja dia bersihkan.
Dia terlihat sebuah potret
yang sudah lama. Arwah ibunya bersama ayahnya. Dia merenung sambil tangannya
membersihkan potret itu. Dia tersenyum sendiri. Sesekali fikirannya melayang
mengingat arwah ibunya.
“arwah ibu sama macam muka
kakak, ayah pula sama macam muka aku. Patut pun,” bisik Syahadah dan dia ketawa
sendiri.
Dia
meletakkan kembali potret itu di atas meja, lalu tiba-tiba matanya terpandang
sesuatu yang menjadikan dirinya risau perihal ayahnya.
bersambung...
Syahadah Kasih Ayah 1 , Syahadah Kasih Ayah 2 , Syahadah Kasih Ayah 3 , Syahadah Kasih Ayah 4, Syahadah Kasih Ayah 5, Syahadah Kasih Ayah 6, Syahadah Kasih Ayah 7 , Syahadah Kasih Ayah 8, Syahadah Kasih Ayah 9, Syahadah Kasih Ayah 10, Syahadah Kasih Ayah 11
4 comments
Hehehe, sambung lagi ye, tak sabar nak baca..
ReplyDeleteboleh buat novel ni
ReplyDeleteDulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR
ehhh sambung pulak..hihi
ReplyDeleteNice sharinggg :)
ReplyDelete