You Nampak Sombong ler

12:48 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Dalam bait-bait syair, dia bersenandung:

Aku hairan melihat orang yang bangga dengan dirinya
Kelmarin dia hanya setitis sperma yang hina
Di hari esok, dengan fizikal yang baik
Dia terkubur di liang lahat sebagai bangkai yang busuk
Di atas kealpaan dan kelalaiannya
Di antara dua pakaiannya, dia membawa kotorannya.

Sifat SOMBONG merupakan salah satu pintu masuk syaitan. Dengan sifat ini, syaitan akan menghina seseorang dan menggiringnya untuk menolak kebenaran dan menjunjung kebatilan. Orang somb0ng adalah orang kurang cerdik yang tidak mengetahui hakikat dirinya dan hakikat Rabb-Nya.

Ini kerana sifat sombong merupakan penyakit yang sangat membinasakan, Allah menghalang hamba-Nya dari penyakit ini. Allah berfirman :

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (Al-Isra':37)

Allah berfirman pula:

"sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."

Ensiklopedia Alam Jin, Syaitan dan Pelindung diri :)

p/s:  Akan dikongsikan lagi yang lain sementara sambungan Syahadah Kasih Ayah 10 muncul he he. Bagi yang belum baca Syahadah Kasih Ayah, silalah berbuat demikian :p dulu-dulu ada yang kata saya nampak macam sombong dan garang sebab jarang senyum dengan orang. ha ha kesiannya, saya pemalu tahap gaban dulu tp sekarang tak gaban sangatlah hu hu sorrylah ya, tapi kalau dah kenal dengan saya pasti anda takkan keciwa :p apa-apa pun saya tak sombong, bak kata my bro Iwan, saya low profile ha ha. Terimalah saya seadonya k bai.


You Might Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum nazihah,
    Semoga kita semua terhindar daripada sifat mazmumah ini. Bukankah azazil terusir daripada kenikmatan syurga akibat kesombongan diri?

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Moga kita terus tawadhuk dan bersyukur apa adanya :)

    ReplyDelete
  3. aisy follow sini... I love this kind of blog.... banyak sharing cerita. :)

    ReplyDelete
  4. @abuikhwan

    InshaAllah aamiin :)

    Surah Al-Isra' ayat 61
    Surah Al-A'raf ayat 12

    ReplyDelete
  5. @Mawar Rindu

    Betul tu cik Mawar Rindu, kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada jgn sombong dgn apa yg kita miliki, hanya di dunia saja itu :)

    ReplyDelete
  6. @Aisyah Sukor

    Alhamdulillah, thanks Aisyah :)
    sy dah follow awak juga.

    ReplyDelete
  7. bgs perkongsian anda.. sy sendiri takut sy ni sendiri jd riak dan sombong...

    ReplyDelete
  8. Nauzubillah min zalik.. Smiga djauhkan sikap yg keji

    ReplyDelete