~Assalamualaikum~
haha, salah seorangnya, sayalah! sebab senang masuk banyak barang
Pemilihan beg yang tepat sebenarnya memberi kesan positif terhadap penampilan wanita . Hal ini saya pun baru sahaja tahu, sebelum ini sembarang jak beli, asalkan nampak cantik hihi, jadi nak kongsi lah sikit kepada wanita diluar sana untuk kelihatan lebih menarik dengan beg tangan yang bersesuaian dengan anda. Lagipun bagi saya ini antara aksesori wajib setiap wanita. Oleh itu, sebelum membelinya perhatikan beberapa perkara dan antaranya :
- Sekiranya anda tinggi dan langsing. Anda bertuah sebab sesuai dengan kebanyakkan gaya beg. Misalnya, beg besar, sandang dan clutch nampak sesuai dan perkara yang perlu diberi perhatian hanyalah saiz. Beg kecil perlu dielakkan kerana ia akan menampakkan anda tambah besar. Saiz sederhana dan besar paling sesuai. Selain itu, warna terang dan corak cetakan juga serasi dengan anda.
- Sekiranya anda rendah dan kurus. Perkara paling utama adalah saiz. Beg kecil sesuai untuk anda dan pakai dekat dengan badan.
- Jika pinggul besar. Sekiranya anda cuba untuk melarikan pandangan pada bahagian berkenaan, pilih jenis tali pendek seperti dompet yang boleh dikepit. Pilihan terbaik adalah beg sandang atau bertali tetapi tidak di atas paras punggung.
- Sekiranya bahagian atas anda besar dan ingin mengalihkan pandangan orang terhadap bahagian itu, pilihlah beg bertali panjang dan agak besar.
- Memiliki bentuk badan yang menarik. Beg sandang paras bawah dada paling sesuai dan beg yang perlu dielakkan adalah yang terlalu besar atau kecil.
- Jika badan anda lebih besar, beg besar adalah sesuai. Jauhkan daripada beg kecil sebab menampakkan anda lebih besar. Pilih beg dengan tali pendek atau sederhana.
Ada promosi sini dan diskaun ZALORA ^^, Klik sini ---> Jackbox, Cute Korean Fashion Sling Bag 29% OFF.


