Saya nak cantik

12:11 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Setuju kah istilah cantik itu lebih disinonimkan dengan wanita? dan istilah cantik itu lebih indah ditujukan kepada golongan hawa? setuju atau tak setuju, saya tak kisah. Saya geram sebenarnya bila ada segelintir manusia yang nak banding-bandingkan kecantikan seorang wanita tu dengan wanita lain. Dah cermin diri sendiri ka bila suka sangat bandingkan orang? Tapi, kadang-kadang saya terfikir juga, setiap individu punya konteks sendiri tentang sesuatu perkara atau ringkasnya sudut pandangan manusia itu berbeza, Jadi, wajarlah lah ada individu yang dilahirkan suka membuat perbandingan. tentang kecantikan orang lain, ceh!.

Sedar tak kita, walaupun bumi semakin tua, tetapi manusia masih tidak pernah jemu atau 'puas' dengan namanya CANTIK. Jangan bilang saya cakap kosong. Nope. Cuba korang scroll FB, Insta dan media sosial yang lain dan bagitau saya berapa banyak produk untuk putih, hilang jerawat, kurus di jual atau di promote? yep, itu semua untuk cantiklah tu. So, fikirlah sendiri. lagipun, sekian lama kecantikan antara isu yang menjadi rebutan atau perbualan setiap golongan. Yang cantik dan molek selalu menjadi rebutan dan jadi sanjungan, yang beragama Islam pasti tahu tentang kisah Qabil dan Habil yang berbunuhan kerana dengki dan berebut gadis yang memiliki rupa paras jelita. kan? Isunya kerana seorang perempuan cantik.

Cantik itu subjektif, dear.

Menyukai kecantikan adalah fitrah manusia. Kerana Allah sendiri menyukai kecantikan, maka sudah tentulah sifat sukakan kecantikan itu turut disuntik Allah ke dalam diri manusia makhluk ciptaan-Nya. Di sebabkan itu, semua manusia ingin menjadi cantik, Saya juga heh. Ya, cantik itu sifatnya sangat subjektif. Cantik, menawan, comel, seksi, indah, jelita, kacak dan segala kata yang serupa dengannya, semua membawa kepada konotasi cantik. Ada yang kata kulit hitam manis itu menawan. Ada yang suka orang yang bertubuh kecil molek kerana itu cantik pada matanya. Ada juga yang menyukai orang yang berisi kerana itu comel pada mata mereka. So, pandangan mata manusia berbeza dan mengikut persepsi masing-masing. Tapi, please jangan suka banding-bandingkan orang. Kerana hati dan perasaan kita juga berbeza. Ada yang mudah sedih, marah, no feeling dan ber-dendam! 

Apa-apa pun, jom kita beroleh kecantikan yang hakiki.

Cantik fizikal dan mental, itulah kecantikan yang paling ideal yang harus dimiliki setiap yang bergelar manusia. Jika cantik amalan di 'sini' (dunia), maka, sudah tentu cantik juga balasannya di 'sana' (akhirat). walaupun, sebenarnya memang tidak mudah untuk beroleh kecantikan yang hakiki. Tapi, tidak salah mencuba dan be your self!

Cuma mungkin kebanyakkan kita terlupa...

You Might Also Like

0 comments