Bahaya lidah, Luahkan isi hati
11:20 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Berdiam diri bukan bermakna kita sombong.
.
Sesungguhnya tidak sempurna kejelitaan seseorang itu jika dia tidak pandai menjaga lidahnya. Seperti bercakap perkara yang tidak perlu, mengumpat, berdusta, bercakap besar, bercakap dengan suara yang tidak terkawal, menceritakan amal ibadahnya atau tentang keburukan suaminya.
Antara tanda orang yang beriman ialah mereka yang menjaga lidahnya. Memang kita digalakkan untuk meluahkan pendapat atau isi hati daripada terus memendamkannya. Kerana selagi tidak diluahkan, orang tidak tahu pendirian kita, tidak tahu yang mana benar dan mana salah.
Cara meluahkan :
- Beristighfar dan berselawat ke atas Nabi agar dijauhkan daripada hasutan syaitan.
- Terlebih dahulu hendaklah meminta maaf jika ia melibatkan orang lain. Dan nyatakan, ini adalah luahan isi hati anda.
- Boleh juga disampaikan dalam cara bersahaja, seolah-olah ianya tidak serius. Tapi bagi orang yang tidak mudah menangkap maksud, hendaklah disampaikan dalam bahasa yang lembut dan berterus terang (tidak berkias)
- Elok juga jika ada orang lain sebagai saksi, sekurang-kurangnya tidak timbul cerita lain di belakang anda kelak. Tapi pastikan, orang itu orang yang betul-betul boleh dipercayai. Bukannya si pembawa mulut.
- Persekitaran yang sesuai (bukan di khalayak ramai)
- Sentiasa mengawal emosi.
- Ingat, perkara itu hanya berakhir setakat itu, jangan pula anda hebah-hebahkan kepada orang lain.
- Tidak dinafikan selepas anda berterus terang, orang itu akan menjauhkan diri daripada anda. Jangan biarkan perkara itu berlarutan kerana akan berlaku permusuhan pula. Jadi andalah yang harus memainkan peranan kerana mungkin dia merasa malu dan rendah diri. Apabila bertemu, hendaklah sentiasa menegur atau memberi salam.
Nampak mudah, tapi hakikatnya...sukar. Saya lebih suka pendam daripada berterus terang, sebab saya ni jenis manusia yang penakut orang kecil hati dengan saya. Akhirnya, saya juga yang ber-air mata.
0 comments