Hanya pinjaman sementara
4:03 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Cantiknya Oki Setiana Dewi ni :)
Saya cemburu melihat muslimah-muslimah yang bergelar jutawan dan mempunyai perniagaan sendiri. Bukan senang untuk menjadi orang kaya. Bukan mudah untuk bergelar jutawan jika tiada usaha dan kekuatan mental juga fizikal. Mereka bukan calang-calang orang.
Tidak ramai yang tahu suka duka mereka disebalik kejayaan mereka hari ni. Kita yang melihat kejayaan mereka memang tergoda dan mengidamkan kejayaan serupa. tapi, tidak semua yang sanggup berpenat lelah seperti mereka kan? Kalau tidak sanggup, orang kata janganlah berangan-angan kosong huhu!
Namun, kaya dan tahap jutawan bagaimanakah yang ideal? sebab, orang kaya selalu dikaitkan dengan sifat riak, kedekut dan mudah lupa diri.
dunia dan akhirat harus seimbang. Taat pada Allah, menjalankan usaha yang halal untuk mencari kekayaan, tidak meminggirkan keluarga dan banyak berbuat kebajikan tanpa menunjuk-nunjuk.
Jika kita tinjau Sirah Rasulullah s.a.w, antara wanita hartawan dan jutawan terkenal, adalah Sayidatina Khadijah Khuwailid. Wanita ini memang terkenal sebagai wanita kaya ray sebelum mengahwini Rasulullah. Bukan sahaja kaya harta, tetapi juga pekerti dan akhlak.
Apa sahaja yang dikurniakan Allah kepada kita, sama ada wang ringgit, pakaian, kediaman atau sekecil-kecil barang, adalah harta yang merupakan amanah Allah. Semuanya wajib disyukuri dengan cara menggunakan sebaik mungkin. Mana tahu, mungkin nanti harta itu akan menuntut semula haknya di akhirat kelak!!
14 comments
nak berjaya bukan sesuatu yang hanya boleh dilisankan dengan mulut tp perlu ada usaha yang istiqamah. kan? nice sharing kak ziha. ^^
ReplyDeleteBetul jie...istiqamah tu wajib :)
Deletecantik betul mbak oki. semoga kita dapat ikuti langkah mbak oki :)
ReplyDeletememang cantik :D minat Oki sejak dulu, sampailah dah ada anak Oki ni hehe InshaAllah
Deletesemoga kekayaan merupakan salah satu asbab kita menjadi ahli syurga. btw saya dah klik nuff =)
ReplyDeleteInshaAllah munirah :) okay..klik lg nanti ya hehehe gurau..nnt sy klik juga okay.
Deletebetul betul, thanks kak share ni :))
ReplyDeleteand yes, oki tu lawa TT_TT
most wc qila....hehe kenapa nangis haha
DeleteSemua orang layak & berhak untuk jadi kaya & berjaya. Kalau orang Islam ramai yang kaya raya, tak perlu lagi bergantung ekonomi pada org non-muslim.
ReplyDeleteyep, semuanya berhak tp tak semuannya mampu :) InshaAllah, ada hikmah disebaliknya
DeleteSetuju..di dunia kita tanggung..di akhirat kita jawab...
ReplyDeletethanks perdu cinta ;)
Deleteyup.. diorang pun bersusah payah untuk berada di mana tempat dorang berada sekarang.. cuma bila di atas, jangan terlalu bongkak.. kena pandang juga yang di bawah :)
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah memudahkan urusan jiha dan diberikan usaha untuk menjadi seperti mereka itu, kaya dunia dan kaya akhirat...aminn