Pujuklah Hati Untuk Bercinta

10:30 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Saya saja nak berbicara soal cinta, bukannya kemaruk nak bercinta pun heh. Lagipun sekarang ini banyak orang bercakap soal cinta, jodoh, ditambah lagi dengan movie atau drama yang banyak berunsurkan Cinta, contohnya yang tengah hangat sekarang ini, Filem DILWALE haha demam hindustan dah sekarang, saya tak tengok lagi. Tapi, bila baca review blogger lain mengenai filem ni, rasa nak sangat..tengok haha. Sabar kau Jiha, tak hilang ke mana juga tu..kuikui.
Terbaca satu artikel lama yang menyatakan rata-rata kaum wanita yang belum menemui cinta mempunyai beberapa sikap yang menyebabkan lelaki sukar mendekati. Wanita mesti nak tahu kan? hehe. Antaranya:

1. Sentiasa ingin menang dan rasa dia sahaja bagus. Kadangkala perkara yang dibincangkan remeh sahaja tetapi disebabkan fakta sang jejaka kurang difahami, si wanita bermati-matian cuba memperbetulkan walaupun maklumatnya pun tidaklah setepat mana. Kesannya ada sesetengah lelaki yang akan 'mengumpat' wanita seperti ini dengan kata-kata, "siapalah yang nak kat dia, gaya macam singa, lagak macam harimau, tidak pernah mahu kalah!". Walaupun hakikatnya perempuan itu cukup cantik. 
2. Tidak bersikap hormat akan lelaki. Mereka suka melihat lelaki dengan pandangan sinis. Apatah lagi jika dia berjawatan tinggi dalam kerjaya. Mereka berasakan lelaki yang mungkin ada hati dengan mereka tidak setaraf dan kurang sesuai. Sikap terlalu memilih.
3. Wanita terlalu takut mengambil risiko. Misalnya, pengalaman ditinggalkan lelaki pada saat-saat cinta semakin berkembang. Ada yang cukup terhiris dengan permainan lelaki yang hilang tanpa berita, lantas menutup terus hati untuk bercinta.

Jadi, apa pendapat korang ; I totally agree, I think so, I totally disagree or I have a different opinion. haha. 
Bagi saya, Wanita ni Complicated sikit, sebab itu kami istimewa haha. Lagipun, kalau dah jodoh tak akan ke mana, walaupun kau kata kau benci dia, kalau itu jodoh kau..maka itulah hahaha. Lagi satu, luka lama perlu disembuhkan, manalah tahu kali ini menemui cinta sejati..Cinta yang 1.

Perlukah nak bercinta?

You Might Also Like

8 comments

  1. betul tu wanita ni complicated sikit,xdpt dibaca...no 3 tu setuju,pernah terjadi dulu..

    ReplyDelete
  2. @Farra N

    mmg complicated...teruskan mencari cinta sejati hehe atau, dah dpt? hehe tq komen sini

    ReplyDelete
  3. Boleh saya selit komen di tengah malam ni...? :) dah pukul 1.30 pagi tapi tertarik tajuk entri akak... hihi

    Macamana nak pujuk hati utk bercinta? Hmm... Saya mungkin pengalaman bercinta tak ada, tapi pengalaman terluka tu ada.. haaa cemana tu? saya maybe jenis no 3. Saya jenis ambitious demi future. tapi, bab jodoh ke bercinta ni. Saya tolak tepi. Saya belajar dari pengalaman kwn2, pengalaman keadaan family.. huhu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...saya dan isteri bercinta lepas nikah. :)

    ReplyDelete
  5. Ahah! Qila nak totally agree dgn semua hahahaah.

    Tp qila no. 2 & 3 kut hiks.
    Mmg benci lelaki belagak hahahah terpengaruh dgn drama kut hahah.

    And then yes :( philophobia.... heheheh.

    ReplyDelete
  6. @Mawar Assufi

    nmpknya, kita ada persamaan hehe, kak pun pengalaman bercinta mmg xda, rasa suka tu adalah, manusia...haha..bab jodoh kak pun berserah saja, malas nak fikir sebenarnya :) byk lg benda lain nak fikir. btw tq komen sini dik Mawar Assufi :)

    ReplyDelete
  7. @Khamsi Abdullah

    Alhamdulillah, tahniah :)
    Moga Allah SWT memberkati aamiin ya Rabb

    ReplyDelete
  8. @Aqilah Azmi

    haha..qila..lelaki berlagak sy rasa mostly perempuan tak suka kot hehe

    fobia, knp..adakah pernah berlaku kekecewaan? hehehe

    ReplyDelete