Syahadah Kasih Ayah 9

1:09 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Syahadah mengeluh panjang dan cuba menenangkan fikirannya. Ayahnya masih memandu dan melihat lurus ke hadapan.

**********

            Beberapa jam kemudian kereta toyota berwarna putih kelihatan memasuki pagar sekolah lalu berhenti di suatu sudut tempat meletakkan kenderaan.

            Syahadah dan ayahnya keluar dari kereta itu.

          Sudah banyak kenderaan yang memenuhi ruang tempat meletak kenderaan dan kelihatan juga kawan-kawan sekolahnya bersama-sama ibu bapa masing-masing menuju masuk ke dewan sekolah.

            Syahadah semakin gelisah dan mengeluh lagi. Dia melihat ayahnya begitu tenang sekali.

            “ambil dalam dewan ka?” ayahnya bersuara.

            “iya dalam dewan. Marilah ayah kita masuk,” balas Syahadah dengan perlahan.

            Mereka berjalan dan menuju masuk ke dalam dewan.

           Dia seakan terkejut dan terkedu melihat sudah ramai pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa memenuhi ruang dewan itu. Meja berserta guru kelas masing-masing sudah bersedia untuk memberikan keputusan SPM.

           Pelbagai reaksi wajah yang dia dapat lihat. Ada yang sedih, ada yang gembira dan ada wajah yang sukar untuk dia gambarkan perasaan pelajar itu saat itu.

            Dia cuba mencari dengan pandangan tajam matanya meja guru kelas dan nama kelas.

         “nah..ayah..di sana tu guru kelas Sya..” Syahadah menunjuk kepada ayahnya di bahagian hujung sebelah kanan dewan.

            “Bah mari,” ayahnya bersuara perlahan tetapi dapat didengar walaupun keadaan dewan sangat bising.

          Syahadah hanya mengikut ayahnya dari belakang. Mahu sahaja dia lari dari dewan itu kerana takut untuk mengambil keputusan.

            Sampai sahaja di meja itu, dia sudah boleh melihat guru kelasnya, cikgu Aizat senyum kepadanya lalu mencari-cari nama dihelaian slip kertas ditangannya.

          Cikgu Fatimah mengajar Kimia dan Bio, cikgu Wong mengajar Matematik dan Ustaz Faizal mengajar Pendidikan Islam turut berada di belakang cikgu Aizat saat itu turut senyum melihat Syahadah.

Dalam hati Syahadah. “kenapa pula cikgu-cikgu ni senyum dekat aku, macam lain jak..”

“pak cik dan Syahadah boleh duduk disini,” Cikgu Fatimah mempelawa ayahnya dan Syahadah duduk.

Syahadah duduk dan tunduk. Dia malu untuk memandang cikgu-cikgunya walaupun di dalam kelas, dialah yang paling aktif sekali menjawab soalan dan selalu bising, boleh dikatakan dialah pelajar nakal didalam kelasnnya.

“NUR SYAHADAH BINTI MUHAMMAD RAHIM”

Syahadah memandang guru kelasnya yang begitu kuat menyebut namanya dan seakan merasa semua orang sedang memerhatikannya lalu dia mengangguk. Ayahnya sekadar memandang Syahadah.

Guru kelasnya menghulurkan sehelai kertas berisi keputusan peperiksaannya sambil tersenyum melihat Syahadah yang tengah risau.

Menggeletar dan sejuk tangan Syahadah mengambil kertas itu dari tangan guru kelasnya.

“kamu boleh buka disini,” pinta guru kelasnya.

Syahadah masih melihat kertas itu dan memandang ayahnya disebelah lalu memberikan kertas itu kepada ayahnya.

“ayahlah buka..” pinta Syahadah lembut.

Ayahnya mengambil kertas ditangan Syahadah dan membukanya terus. Syahadah hanya melihat reaksi wajah ayahnya selepas membuka kertas itu.

Ayahnya meneliti dari atas ke bawah gred sembilan subjek anak gadisnya itu, lalu tersenyum.

Syahadah yang melihat reaksi itu mula ingin tahu keputusan sebenar yang dia dapat. Ayahnya menyerahkan slip keputusan SPM itu kepada Syahadah sambil berkata “alhamdulillah, tahniah.”

Syahadah mendengar ucapan itu dan terus menatap kertas itu lama-lama. Matanya mula berkaca. Syahadah melihat teurs gred SPM dia, BM=A+, BI=A-, PAI=A+, SEJ=A+, MM=A+, MT=A, PHY=A-, KIM=A-, BIO=A-.

“tahniah Syahadah, kamu dapat straight A’s. Cikgu harap selepas ni kamu isi borang UPU secara online ya. Teruskan usaha kamu untuk masa depan.” Guru kelasnya sempat mengucapkan tahniah dan memberi sedikit motivasi.

Syahadah mengangguk dan turut mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya yang sekian lama mengajarnya di sekolah. Sesekali itu dia diusik oleh gurunya yang lain.

“hmm Syahadah, lepas ni sunyilah kelas cikgu..tak ada yang nak baling-baling kertas lagi.” Cikgu Fatimah mengusiknya sambil tersenyum dan cikgu lain turut ketawa.

Syahadah tersenyum kelat mendengar usikkan guru-gurunya. Ayahnya meminta izin untuk pergi sambil bersalaman dengan guru-guru lelaki.

Baru beberapa langkah, kedengaran suara ustaz Faizal memanggil ayah Syahadah.

Mereka bersalaman dan mula berbual. Syahadah pergi jauh dari situ dan berdiri di satu sudut sambil memerhatikan mereka. Dia melihat banyak kali ayahnya memandangnya. Dia mula rasa ingin tahu.

“apa yang ustaz cakap pasal aku dengan ayah ni?” hati kecilnya berbisik

Tiba-tiba dari arah belakang Syahadah dikejutkan oleh sahabatnya Fatin.

“yehah..ni dia pelajar harapan sekolah yang tengah memikirkan masa depan” usik Fatin sambil ketawa.

“kau ni bikin aku terkejut. Kau baru sampai ka? Sudah ambil result?” tanya Syahadah.

“lama sudah aku sampai. Kau jak yang nda nampak aku. Em..result aku nda lah sehebat result kau,” jawab Fatin sambil menghulurkan slip keputusan SPM kepada Syahadah.

Syahadah meneliti. “wah..baguslah ni. Kau ni pun rendah diri betul. Tahniah my best friend! Nda sia-sia kita study sama-sama kan,” kata Syahadah sambil tersenyum dan menepuk-nepuk bahu kawannya itu.

Fatin ketawa kecil. “lepas ni kau sambung belajar dimana? Kau cakap dengan aku kau mau jadi doktor kan? Aku rasa kau layak tu..kau apply lah medik. Confirm dapat punya,” tanya Fatin gembira.

Syahadah diam seketika dan cuba memikirkan kata-kata Fatin. Memang benar sudah lama Syahadah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Baginya kerja doktor itu adalah yang paling hebat di dunia ini walaupun dia tahu bukan senang subjek-subjek yang perlu dia belajar nanti.

“ui, mak aku panggil tu. Nanti kita berbual lagi ya. Jangan lupa pergi rumah okey,” fatin berlalu pergi meninggalkan Syahadah yang masih berfikir.

Ayahnya datang ke arah Syahadah sejurus selepas habis berbual dengan Ustaznya.

“mari balik,” kata ayahnya yang terus berjalan.

Syahadah hanya mengikut ayahnya dari belakang seperti tadi dan mereka bergerak balik ke rumah.
Sepanjang jalan, Syahadah sudah mula gembira dan lega. Tidak seperti sebelum tadi, dia asyik risau sepanjang jalan. Dia masih memerhatikan slip keputusannya dan tidak sabar untuk menunjukkan kepada kakaknya.

Syahadah mula teringat akan arwah ibunya. Sekiranya ibunya masih ada, sudah tentu ibunyalah manusia yang paling gembira sekali melihat kejayaannya. Kereta ayahnya terus memecut laju.

**********

Sampai sahaja dihalaman rumah. Syahadah keluar dari kereta dan berlari naik ke atas rumah. Ayahnya hanya memerhati dan turut naik selepas mematikan enjin dan mengunci pintu kereta.

“kakak! adik dapat straight A’s!!!” kakaknya yang sejak tadi menunggu kepulangan adiknya, memandang adiknya yang sedang memegang kertas yang sangat penting keputusan SPM.

“iya? mari kakak tengok.” Syahadah menyerahkan slip keputusan SPM nya itu kepada kakaknya.

Kakaknya memerhati keputusan adiknya lalu mengukir senyuman.

“alhamdulillah, tahniah, nda sia-sia adik kakak ni belajar pagi, petang, siang, malam.” Kakaknya memeluk Syahadah.

“hari ni kakak masak yang special untuk Sya.” Syahadah tersenyum.

Ayahnya duduk dikerusi menghilangkan penat. Sejak tadi ayahnya diam. Ayahnya langsung tidak menunjukkan rasa gembira dan bangga dengan keputusan Syahadah selain senyuman yang diberikan semasa melihat keputusan Syahadah yang pertama kali itu.

Beberapa kali dia melihat ayahnya mengeluh kecil dan terus memejamkan mata untuk berehat.

“ayah ni..” bisik hati kecil Syahadah. Jauh disudut hatinya, dia rasa terkilan dengan sikap ayahnya terhadap dia. Dia cemburu dengan ayah orang lain yang sangat excited dengan keputusan anak-anak mereka. Tetapi dia. Hanya diam.

**********

            Malam mula menjelma. Seperti yang dijanjikan oleh kakaknya, lauk pauk malam itu sangat istimewa dan enak. Mereka makan dengan berselera sekali.

            Seusai habis makan. Ayahnya berehat dianjung rumah sambil memikirkan sesuatu.

            Syahadah yang sejak petang tadi, masih menunggu kata-kata dari ayahnya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia mula teringat kejadian pagi tadi didewan. Ayahnya begitu rancak berbual dengan Ustaz Faizal seperti ada sesuatu yang mereka bincangkan.

            “ahh..malas mau fikir!” kata hati Syahadah.

            Dia meneruskan bacaan novelnya tetapi fikiran melayang memikirkan universiti mana yang dia mahu pergi untuk menyambung pelajarannya. Kakaknya pula leka menonton rancangan dalam televisyen.

            “Syahadah mari sini, ayah mau cakap sesuatu,” ayah Syahadah memanggil ke anjung rumah.

            Syahadah sedikit terkejut. Hati kecilnya kembali berbisik. Dia bangun sambil membawa novelnya pergi ke anjung rumah dan duduk bersila di hadapan ayahnya.

       Ayahnya masih diam. Syahadah tunduk hanya melihat isi novel itu tanpa membacanya. Tiba-tiba ayahnya bersuara.

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah, ada cerita lah. best2.. xD

    ReplyDelete
  2. @Arpiiz

    hehe mestilah sbb sy suka menulis InshaAllah ;)

    blog kamu pun byk cerita suspen haha suka baca

    ReplyDelete