Risiko wanita memandu sendirian

10:47 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Wanita memandu sendirian sering kali menjadi mangsa pembuli jalan raya, atau sasaran penjenayah yang ingin mengambil kesempatan. Modus operandi mereka yang dikenal pasti sering digunakan adalah dengan melanggar kereta yang dpandu sendirian oleh wanita, kemudian merompak atau menculik apabila mereka keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan. Lazimnya, mereka akan bertindak sebaik sahaja memasuki kawasan sunyi atau jauh daripada pandangan orang ramai. Walaupun wanita sering dinasihatkan untuk sentiasa berteman ketika memandu, ada kalanya mereka tidak dapat mengelak daripada memandu sendirian, terutamanya kerana tuntutan kerjaya.

Langkah keselamatan :

A) Sebelum memulakan perjalanan :
1. Sentiasa pastikan kenderaan berada dalam keadaan memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.
2. Pastikan minyak kereta sekurang-kurangnya separuh tangki.
3. Bawa bersama telefon mudah alih dan pastikan telefon dicas dan anda boleh membuat panggilan.
4. Pastikan kunci kereta dikeluarkan terlebih dahulu daripada beg sebelum anda keluar.
5. Perhatikan sekeliling sebelum masuk ke dalam kereta.

B) Semasa perjalanan :
1. Kunci kereta sebaik sahaja anda memasuki kereta dan pastikan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat.
2. Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta dan pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong.
3. Jangan berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali. Tanya alamat di stesen petrol atau kaunter tol.
4. Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.
5. Letakkan kereta ditempat yang terang dan selamat. Walaupun anda meninggalkan kereta tidak lama dan perhatikan sekeliling sebelum keluar.
6. Jika diekori, jangan memandu pulang kereta anda, sebaliknya terus ke balai polis. Bunyikan hon atau pandu ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai.

C) Jika anda diserang atau dilanggar :
1, Jangan keluar dari kereta sekiranya anda dilanggar secara sengaja.
2. Jangan panik! Catat nombor pendaftaran kereta itu, warna dan lain-lain dan telefon minta bantuan atau memandu terus ke balai polis minta bantuan.
3. Jika terlibat dalam kemalangan, duduk di dalam kereta sehingga polis sampai.
4. Jika tayar kereta pancit di tempat gelap dan asing, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam untuk bantuan. lebih baik merosakkan tayar daripada mengambil risiko mengabaikan keselamatan diri.
5. Jika seseorang menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan terus keluar daripada kwasan itu.
6. Sekiranya penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada didalam, gunakan segala kekuatan untuk keluar.
7. Jika masih gagal, pandu kereta melanggar pendua jalan, tembok, tiang atau apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil.

Malang itu tidak berbau, di mana-mana sahaja ada bahaya walaupun anda berada dalam rumah, jadi berhati-hati! anda mampu mengubahnya.


You Might Also Like

6 comments

  1. bagus info ni ..kadang2 takut jugak drive balik sorang2 time malam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Farra :)
      ya..kena hati2 ya Farra..peka dengan sekeliling..

      Delete
  2. Replies
    1. memang seram..apa2 pun ini sebagai langkah keselamatan dan peringatan kpd kaum wanita :)

      Delete
  3. thanks for sharing this.. make me aware.. huhuu

    ReplyDelete