~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Rusydee Artz : Bahagiakan Allah
Alhamdulillah being born into Islam, the ability to read and write, having two parents who are alive and together, having brothers and sisters, the ability to hear and see, the ability to walk on two legs and the freedom to live our life free of terror or fear. We have so many ni'mah Allah gave to us. So grateful for Allah. Smile. Actually, I'm interested in a work on Youtube. So, I'll share with you all. Hopefully useful.
Bukan cerita cinta biasa :
Saat aku rasa dunia tidak menyebelahi, aku buntu ke mana hendak lari hendak bersembunyi. Bahagia sebenarnya dimana?
Seorang kawan aku cakap, Hidup ini bahagia bila kita Tip-Top dalam study. Nanti ramai orang suka kita!
Tapi.. Kenapa aku tengok dia seorang diri?
Kawan lain pula cakap, Hidup ini bahagia bila kita ramai teman. Lagi-lagi kalau ada yang istimewa!
Tapi.. Kenapa aku selalu Nampak dia menangis?
Orang ramai cakap pada aku pula hidup ini bahagia bila kita buat apa yang kita suka. Dengar lagu, main bola, melepak, online. Masa pun terisi!
Tapi.. Kenapa mereka tetap mengeluh bosan?
Betulkah hidup Cuma sekadar ini?
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-'Ankabuut 29:64)
Terkaku saatku tahu. Hidup ini bukan sekadar ‘Hidup’. Cinta yang dikurnia bukan hanya untuk aku. Harta ini juga bukannya milik aku. Malah hati, hati juga sekadar pinjaman sahaja. Hati ini hidup kerana Allah tunduk dan mengharap hanya pada-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk DIA.
Persoalanku sudah terjawab. Semuanya berbalik pada Allah SWT. Hati puas saat tahu berpaut itu hanya pada Allah. Hidup indah tak keseorangan saat tahu Allah sentiasa menemani jiwa, merasa cukup bila Allah memujuk, bila Allah berjanji Kerana aku tahu cerita cinta aku bukan cerita cinta biasa =) Benarlah!
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)
S/s : Kebanyakan U telah mengeluarkan exam result, bangga dan happy dengar khabar gembira dari teman2 U lain. UMS masih dalam proses (mereka buat surprise mungkin) dan semakin hari semakin.........sejarah oo sejarah, apa yang akan tercatat padamu untukku! Doakan saya!