Ruang dan Waktu

1:16 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

The heart is always in love with someone
either the love for Allah swt 
permeates the heart or love 
for someone else will permeate it. - Shaykh Zulfiqar Ahmad 

Kami mulia dengan Allah dan Nabi kekasih-Nya yang mendampingi, Dengan Allah dan Rasul kami mulia bukan dengan pangkat dan kemegahan, Mereka yang mahu menghina kami dari dekat mahupun jauh kami hunuskan dengan pedang kami, cukuplah Allah dan Nabi bagi kami (inilah satu bait qasidah yang diwarisi daripada para junjungan ahli Madinah yang mulia. Untuk melahirkan maksud dan perasaan. Mengungkapkan keyakinan dan keindahan yang ada dalam hati, melalui lafaz-lafaz yang menerangi hati pendengarnya)- Ir. Ahmad Jais Alias

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman maksudnya:

"Wahai anak adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula." (Riwayat al-Tirmizi n0: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Hadis ini penuh dengan pengharapan. Menjelaskan betapa luasnya keampunan Allah SWT. Dengan begitu para hamba tidak putus asa dengan dosa yang telah mereka lakukan. Walaupun demikian, kita tidak boleh leka dalam dosa kerana dikhuatiri diri akan terbiasa dalam dosa dan terhalang untuk bertaubat. Hadis ini juga mengandungi khabar gembira, belas kasih dan gambaran sifat pemurah Allah yang amat besar. Tidak terhitung banyaknya kurniaan, kebaikan, belas kasih dan pemberian Allah kepada hamba-Nya.

Dalam kenyataan Nabi yang berasingan, Baginda bersabda maksudnya: 'Allah lebih gembira atas taubat seorang hamba-Nya daripada (kegembiraan) seseorang antara kamu yang menemui kembali haiwannya yang hilang' .

Huraian dan inti sari dipetik daripada Buku Hadis 40 Imam Nawawi (ustaz Dr Haji zahazan Mohamed dan Haji Muhammad Zakaria) semoga beroleh manfaat untuk diri dan kalian.

p/s : Banyak perkara difikirkan. Lebih pula daripada Exam hari tu == sabar dan buat tenang :)

l/d : selamat tahun baru cina buat kaum cina malaysia, yalah mungkin ada antara kalian yang mempunyai saudara cina menyambut perayaan ini kan. Teringat pula masa kecil dulu, seorang makcik bangsa cina tarik tangan dan cakap cina dengan saya. Buat tak tahu ja, sebab tak faham pun apa dia cakap == hanya mampu renung jak makcik tu. senyum . jumpa lagi!

You Might Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum wbt
    Sesuatu hadis yang diturunkan, bukanlah turun begitu saja tetapi sebenarnya ada hubungan dgn AlQuran. Sabda Rasulullah saw,`Dan sesungguhnya Allah menurunkan kitabNya supaya sebahagian ayat membenarkan sebahagian ayat`. Riwayat Muslim.
    Apa yang ingin saya sampaikan adalah terdapat 2 keadaan dimana adanya Daulah (negara) Islam dan tiadanya daulah Islam. Dalam keadaan adanya Daulah dimana tanggung-jawab khalifah/imam melindunginya, banyak perkara kesyirikan dan kekufuran mengenai soal sistem dapat diselesaikan. Sebab itu Allah SWT berfirman Negara Baik, Allah SWT Maha Pengampun. Surah Saba`:15 كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
    Dalam keadaan tiadanya daulah, segala faktor kesyirikan telah berleluasa baik dari segi ilmunya, sistem ekonomi. muamalat, perundangan, munakahat malah ibadah khususiah yang tidak dpt saya jelaskan disini. Jangankan hendak buat jahat, malah nak buat baik pun serba-salah kerana sistem skrg mewujudkan byk penipuan dan retorik kehidupan. Manusia hidup dlm keadaan dosa yang berantai2 kerana dosa tsbt berkait-rapat dgn ramai org. Surah AlBaqarah:81 بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya barangsiapa yang berbuat satu kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu.

    Maka kita kena kembali dan belajar AlQuran dan hadis sehinggalah kebenaran tersebut datangnya dari Allah SWT. Dalam keadaan skrg, sekiranya seseorang tersebut bertaubat, AlHamdulillah tetapi selepas itu kemanakah arah yang hendak dituju? Adakah hanya lakukan ibadah khusus sahaja? Bermakna hidup masih dalam kegelapan dan kembali pada asal! Manusia tidak dpt mengaitkan penghidupannya dgn AlQuran dan sudah tentu hidup dlm keadaan pembaziran masa, wang, perkara2 kebajikan dsbnya. Sisitem skrg yang sememangnya begitu! Surah AzZumar:53 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah membazir/boroskan terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Ustazah tajnur

    Waalaikumsalam wbt ustazah.
    Alhamdulillah,syukran ustazah :)

    nikmat Allah itu sangat luas tak terhitung.tapi,betapa sikit manusia yg bersyukur..

    namun..manusia mana yg tak melakukan dosa.kerana Allah rindu mendengar rintihan hamba-Nya yg bertaubat...

    ReplyDelete
  3. Adikku sayang Isma Haneefa

    Alhamdulillah..itulah yang sebenarnya ^^

    solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanya kerana Allah :)

    ReplyDelete
  4. mmm panjg x sempat bace smua ad rzki n mase sy sambg bace insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. ya Bulan Syurga Firdausi

    mmm panjang ka?
    ok takpa..bila2 pun boleh bah^^

    terima kasih.

    ReplyDelete