Akukah yang terlewat 1

2:50 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, Segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar setiap gerak-geri hamba-Nya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta seluruh keluarga, para sahabat dan siapa sahaja yang berjalan di atas petunjuk-Nya sampai hari kiamat kelak. Dikongsikan sebuah kisah. Saya tak pasti jika ini kisah benar ataupun tidak dan tak tahu siapa penulisnya. Saya dapat kisah ni pun daripada koleksi cerita dalam lappy yang dah agak lama kot, baru terbaca balik :) cerita ni agak panjang, so saya buat sambungan, kalau bagi panjang terus..confirm tak ada yang baca. maklumlah korangkan bz. senyum. Semoga ada manfaatnya buat anda.

Inilah kisah yang telah merubah keseluruhan hidupku. Semoga dapat pengajaran. Zaman persekolahan aku memang cukup gemilang. Maklumlah aku ni kira popular, masa tuh akulah Best student, sportman pun aku, ditambah lagi dengan kemachoan aku nih, aku bukan perasan. Tapi kenyataan. he..he..he..jangan marah. So, masa tu peminat aku cukup ramai boleh kata everyday ada saja posmen yang tak bergaji yang datang hantar surat kat aku, bangganya aku. Tapi tu lah manusia ni pantang ada kelebihan. Mesti riak punya, termasuklah aku.

Aku cukup gah masa tu hinggalah pada suatu hari, "Selamat pagi semua, cikgu kenalkan S kawan baru kamu. S sila ambil tempat duduk di sebelah Jay." Masa tuh macam nak pengsan aku, yelah Ustazah mana lak nih duduk sebelah aku..boringnya. Masa tu lah member-member berabis kutuk aku. "Tak lama lagi mesti jadi ustaz," kata diorang, tension aku!

Aku pun hairan gak dengan S ni apasal lah nak tutup sangat, padahal bebudak pompuan kat kelas aku semua brutal. Satu hari tuh pasal dah tension sangat dengan kutukan kengkawan, aku terus direct to point dengan S. "Besok jangan pakai tudung tau. Kalau pakai gak jangan duduk sebelah aku Faham!!!" ( terukkan aku masa tuh) Tapi S langsung tak goyah dengan ugutan aku. Esoknya dia tetap bertudung tapi tak duduk sebelah aku. Dia tukar tempat dengan Fauzi.

"Tak baik kau buat dia cam tu." kata Fauzi. "Apa salahnya dia bertudung". 

aku diam jak. Tapi hati aku puas. Persekolahan berjalan seperti biasa dan keputusan peperiksaan penggal pertama telah pun di ketahui. Aku tewas di tangan S, cis!! Balik-balik pompuan nih. Sakit betul hati aku nih. Member sekelas lak asyik puji dia jak. Geramnya aku! Kehadirannya membawa perubahan dalam kelas. Yalah, dulu semua orang puji aku tapi sekarang tak lagi. Sikit-sikit S menyampah aku. So, untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku, aku mesti singkirkan S dari SMMA. yeah, itu janji aku!

KEEGOAN ITU MENJADIKAN AKU MANUSIA KEJAM

Dah macam-macam aku buat untuk sakitkan hati dia. Tapi dia tetap tak marah sebaliknya aku pulak yang sakit hati. Kenapalah..

Kat sekolah aku pulak ada sorang cikgu Andartu. Dia cukup anti dengan pelajar pompuan tapi paling sayang kat student lelaki terutamanya aku lah he..he..he. So, kesempatan inilah yang aku ambil. 

25 ock masa break time, aku tak keluar makan. Fauzi tanya juga apasal, tapi aku kata perut aku meragam. Bila line clear aku pun apalagi selongkarlah beg pompuan tuh. Jumpa pun. Sehelai demi sehelai homework yang cikgu K bagi aku koyak. Puas hati aku. Lepas tu aku terus pergi kantin. Fauzi lak tercengang-cengang pandang aku. After break, kelas cikgu K pun bermula apalagi macam biasa. First thing mesti tanya pasal homework. Aku pun senyum sampai telinga, sedangkan S aku tengok muka dah lain macam, sebab homework dia dah missing. Hari tuh S kena marah teruk dengan Miss K dan petang tu dia dikenakan kelas tahanan.

"Engkau cakap betul-betul Jay ni semua kerja engkau kan?". 

Alamak...budak Fauzi ni buat aku tension betul! 

"Habis tu, kau nak ngadulah nak jadi peguam bela dia?"

"Taklah, tapi tak baik kau buat camtu. apa salah budak S tu pada kau?" 

Aku diam, entahlah yang pasti hati aku puas. Aku makin bersemangat buli S tambah lagi dengan sokongan Dari kenkawan aku Mizi, Lan, Joe termasuklah Miss K. One day aku cakap kat Lan aku teringin sangat nak tengok rambut S tuh, dia tu botak kot sebab tu pakai tudung..kata aku. So aku pun atur strategi....[Continue]

You Might Also Like

7 comments

  1. mcm prnah baca tapi x ingat endingnya....sambung yer?^^

    ReplyDelete
  2. nnazihah sudah mula bercerpen? wahh... :D

    ReplyDelete
  3. Adik Isma Haneefa

    ok, tunggu akak sambung ye ^^

    ~terima kasih~

    ReplyDelete
  4. ya Ad-Dien

    er..bukan karya saya pun Ad-Dien.
    btw, Thank 4 reading :)

    ReplyDelete
  5. tak mengapa...la baksa ya ukhti..

    jemput ke blog untuk menimba ilmu...

    p/s- forum tak mai dah?? :D


    lau samahta

    ReplyDelete
  6. ya Ad-Dien

    ok insyaAllah :)

    internet slow bah, lambat loadingnya kat forum tu huh~ fhm2lah ye == maaf..insyaAllah akan berforum juga.

    syukran atas perkongsian link itu Ad-Dien.

    ReplyDelete