Akukah yang terlewat 2

9:32 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan


Petang tu masa loceng balik bunyi Mizi buat-buat terlangar S. Masa S sibuk kutip buku dia tu, Aku dengan Lan datang dari belakang terus tarik tudung dia. Merah padam muka S aku tengok, apalagi aku dengan geng ketawa sakan. Cuma Fauzi jak aku tengok tak gelak. 

Esoknya S tak datang. Gembiranya aku tak terkira. 

"Jay, engkau tak rasa apa-apa ke?" 

"Eh, apasal lak ngan budak Fauzi ni.." 

"Yalah, lepas apa kau buat kat dia semalam. Ini soal maruah Jay. dia tu pompuan malu dia kau buat macam tu" 

Terdiam aku, kadang-kadang aku hairan gak dalam ramai geng aku ni, cuma Fauzi jak yang selalu tegur perangai aku. Sejak hari tu hubungan aku ngan Fauzi makin renggang. Alah...aku pun tak kisah aku kan ramai kawan. Mak bapak aku pun tak pernah kisah apa aku buat. So, pergi jaoh lah ngan budak Fauzi tu.

SESUNGGUHNYA KEJAHILAN ITU BAGIKU SATU KERUGIAN

Tanpa Fauzi kegiatan aku semakin galak. Petang tu masa balik, aku nampak S, so idea cangih aku pun berjalan macam biasa. Aku pulas minyak motor sekuat hati lepas tu aku jeling Lan yang dok membonceng motor. Lan bagi isyarat OK, so aku pecut motor. Lan dengan pantas menarik bag S dan terus campak dalam longkang. Geli hati aku bila tengok S menangis. Hari tu aku pulang dengan hati yang cukup puas, aku rasa esok mesti S tak gi sekolah.

Esoknya aku bukan main seronok lagi sebab tak nampak kelibat S, ni mesti tak datang. Tapi sangkaan aku meleset sebab S ada. Cuma dia lewat sebab bas rosak ah!! boringnya aku.

Pagi Sabtu perut aku sakit betul dan dah banyak kali aku muntah-muntah. Aku cakap kat mama dan papa. Mama suruh gi klinik siap bagi duit lagi. Terkedu aku..aku kata tak larat nak gi sorang, lepas tu papa lak cakap, "Makan panadol dulu kalau dah reda nanti baru gi klinik. Mama ngan Papa sibuk."

Dah dekat pukul sebelas tak ada tanda pun yang sakit aku nak reda. Aku dail no phone Lan dia takda, Mizi ngan Joe lak ada hal, so aku tak ada pilihan aku terus dail no Fauzi, nasib aku baik, Fauzi ada dirumah. Masa tu aku dah tak larat lagi dah, aku cuma sempat cakap, "Tolong aku Jie, aku dah tak tahan saki nih."

Sedar-sedar aku dah ada kat Hospital. Fauzi ada kat situ so aku tahu dia yang hantar aku.

"Kenapa sampai jadi camni Jay? Kenapa tak suruh mama ngan papa kau bawa gi klinik?" Tanya Fauzi. 

Masa tu airmata aku dah mula mengalir, aku peluk Fauzi..

"Jie kadang-kadang aku rasa aku ni dah macam anak yatim. Diaorang tak kisah kat aku langsung. Mama ngan papa aku sibuk cari duit, duit, duit. Selama ni pun makan pakai aku semua aku buat sendiri, mereka cuma tau bagi duit jak."

3 hari di hospital, Fauzilah pengunjung setia aku. Masa tu aku dapat rasakan cuma Fauzi jak yang ambil berat pasal aku.

"Jie, aku mintak maaf selama ni aku selalu marah kat engkau, sekarang ni baru aku tahu kaulah kawan aku yang terbaik." 

Fauzi senyum. "Sudahlah Jay aku pun dah lupa semua tu."

SPM makin hampir, sejak keluar hospital aku makin rapat dengan Fauzi. Kami belajar bersama untuk menghadapi SPM. Kegiatan liar aku pun macam dah pupus, mungkin sibuk buat persiapan SPM ataupun dah taubat, macam geng-geng aku cakap. Entahlah yang pasti aku tak akan ulangi kesilapan itu lagi.

Result SPM akan di umumkan esok, aku call Fauzi suruh tunggu maklumlah, Aku dari KL mungkin lambat sikit, dari jauh aku nampak Fauzi senyum kat aku.

"Alhamdulillah kita berjaya Jay."

Bersyukur aku kerana keputusan aku cukup cemerlang.

"Jay ini ada surat untuk kau dari S."

"Assalamualaikum Jay, terima kasih S ucapkan kerana tanpa Jay mungkin S tak akan dapat keputusan sebaik ini, kerana sikap Jaylah S berusaha untuk berjaya. Terima kasih sekali lagi. S janji selepas ni Jay tak akan jumpa S lagi. Itu janji S dan S akan tunaikan insyaallah."

Terasa dunia berhenti berputar. Surat S yang ringkas itu meruntuhkan tembok keegoanku.
menyesal nya aku kerana perbuatan ku pada S.

"Jie kau tahu alamat S ?" 

"Kenapa? Engkau nak buat apa lagi kat budak tu Jay ???" 

"Aku nak minta maaf banyak-banyak kat dia."

SESUNGGUHNYA TAKDIR ITU PENENTU SEGALA

Hari tu aku tidur di rumah Fauzi. Aku try call mama & papa tapi entahlah. Kadang-kadang aku ada gak terfikir aku ni bukan anak dia orang kot? Selepas kenduri kesyukuran kat rumah Fauzi aku balik KL, malam tu aku tunggu mama & papa balik, pukul 11.00 lebih baru dia orang sampai. Mama tanya,

"Kenapa tak tidur lagi ?"

Aku kata "Tunggu papa & mama balik."

"Kenapa?" Tanya papa. 

Terkedu aku. Langsung dia orang tak tanya tentang result aku, so aku pun dah takda hati nak bagi tau. Aku dah buat keputusan untuk keluar negara, biarlah, mungkin itu lebih baik buat aku. Fauzi lak still nak stay kat M'sia, so dia masuk USM. Aku lak terima offer untuk ke Jepun, bila aku cakap pada mama & papa dia orang cam biasa. No komen. Lebih-lebih cuma kata akan masukkan duit kat akaun aku jak.

Masa diairport, cuma Fauzi dengan Abah dia jak yang hantar aku. Papa & mama outstation. Aku pun dah tak kisah sangat, janji Fauzi ada untuk hantar aku. Aku masih ingat pesan Fauzi kat aku..

"Jay, walau apapun yang kau buat kau kena ingat kau masih ada family dan aku kat sini. Walaupun famili kau tak take care kat kau jangan sampai kau jadi anak derhaka, kau kena ingat tu.. Sembahyang jangan tinggal." 

"Ya..aku akan ingat semua tu."

Hampir 6 bulan aku di Jepun dan hampir setiap minggu jugak aku akan hantar surat kat Fauzi & S, tapi cuma Fauzi jak yang balas surat aku. S..Ah..mungkin dia masih marah pada ku. Kadang-kadang tu ada gak aku hantar surat kat mama, cerita tentang keadaan aku kat sini, tapi mama tak balas pun surat aku, call pun tak. Akhirnya aku dapat jugak balasan dari S walau pun ringkas tapi aku cukup puas, sekurang-kurangnya dia telah maafkan aku. Sedih aku dengar ayah S meninggal dalam kemalangan. So dia terpaksa bekerja untuk menyara adiknya.

3 tahun di Jepun. Cuma surat-surat Fauzi & S menjadi teman setia ku. Tahun ini final semester untuk Fauzi, aku harap dia akan berjaya. S lak dah naik pangkat dan bertukar ke JB. Sejak tu surat S untuk aku makin kurang, aku menjadi seorang perindu...rindu pada bicara S...rindu pada segala-galanya yang ada padanya..ah...jatuh cintakah aku?...[continue]

You Might Also Like

7 comments

  1. nazihah meneruskan karya nya... :)

    ana tak masuk kalau baca novel ni..tak tahu kenapa...asif ye :)

    ReplyDelete
  2. ya Ad-Dien

    not mine Ad-Dien, sy kongsi jak ni :)

    cubalah baca sekali..pilih 1 novel..baca hingga habis heh~ byk novel yg best2 bah...try lah.

    ReplyDelete
  3. sudah cuba...bukan sekali tapi berpuluh kali...huhu..otak saya tak mampu menelan dan menghadam bacaan novel..paling kuat saya mampu baca suku sahaja daripada novel...

    dah terbiasa dengan bacaan berat ya ukhti... :)


    teruskan lah apa yang baik, moga saya dapat membaca nya.. :D

    barakallahufikum

    Mengenal Imam Ahmad Bin Hanbal

    ReplyDelete
  4. berapa ambil masa mengarang post yg terbaru nie?

    ReplyDelete
  5. ya shairazi sharizan

    er..dah tersedia..just copy n paste.siap :) heh~

    not mine bah Razi.dah lama simpan kisah ni kat lappy.sy suka baca cerpen. byk cerpen2 kat lap :) tak tau dah sumber dr mn heh~ ni salah satunya.kisahnya agak menarik so sy kongsi.

    moga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  6. @Nazihah@Jiha

    oh, begitu, ingatkan dah tukar mood pulak. tukar mood ke versi cerpen.

    apa-apa pun tQ.

    ReplyDelete