Aku dan Kelalaianku (1)

12:37 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Credit To : Rusydee Artz

"Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang, ganjaran yang sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala), dan barangsiapa yang hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada niatnya itu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Aku, Firdaus (bukan nama sebenar) dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berada yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berada membuatkan aku sedikit lalai dalam hidupku. Banyak masa yang kuhabiskan untuk berhibur yang membuatkan aku lalai dari mengingati-Nya. Aku bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang terkemuka di Malaysia. Dengan wajah kacak dan susuk tubuh yang gagah, hidupku tidak pernah kering dari menerima 'persahabatan' dari gadis-gadis seusiaku mahupun gadis-gadis yang lebih tua atau lebih muda dariku. Aku sering dihujani oleh surat-surat dari gadis-gadis yang ingin menjadikan aku abang atau adik angkat mereka. Aku menerima pelawaan mereka dengan penuh girang dan rasa seronok. Aku rasa amat bertuah kerana memiliki wajah yang kacak dan tampan. Dengan jawatan yang tinggi di sekolah iaitu sebagai Ketua Pengawas, dapat kurasakan bahawa aku memiliki segala-galanya di dunia ini. Aku mula rasa bongkak, aku mula merasakan akulah lelaki yang terbaik, aku adalah impian setiap wanita.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18)

Aku sering melanggar batas-batas syarak-Nya dalam 'bersahabat' dengan gadis-gadis. Setiap gadis akan kulayan dengan penuh 'gentleman' dan kelembutan. Kerelaanku melayani perminataan gadis-gadis membuatkan mereka makin berani mendekatiku lantas melanggar larangan Allah yang melarang kita menghampiri zina apatah lagi berzina. Aku suka melihat gadis-gadis itu berasa gembira apabila aku melayani mereka. Aku pula lupa tentang Allah apabila aku mengenangkan keletah gadis-gadis tersebut.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nuur 24:30)

Peribadi seorang wanita muslimah sejati yang sepatutnya menghiasi diri dan menjaga maruah gadis-gadis itu hilang dengan kata-kata manisku. Sifat malu yang sepatutnya menjadi hijab antara lelaki dan perempuan hilang sekelip mata. Aurat yang sepatutnya ditutup bagi menjadi pelindung kepada maruah diri dibuka dengan sewenang-wenangnya. Pakaian yang mendedahkan bentuk badan menjadi perhiasan sehari-hari. Suara yang sepatutnya disimpan untuk keperluan dan untuk mahram didedah dengan harapan agar aku tergoda kepada mereka. Di manakah maruah seorang muslimah yang menggelarkan diri mereka muslimah? Apakah erti muslimah? Seorang wanita beragama Islam. Apakah erti anda beragama Islam? Mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Adakah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan mendapat keredhaan-Nya? Tidak sama sekali.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31)

Bersambung..

p/s : Kisah ini semoga menjadi teladan dan pengajaran buat saudara saudari seislam. InsyaAllah. Siapa pun yang menulis kisah ini, semoga Allah memberkatinya.

You Might Also Like

7 comments

  1. sabar menanti sambungannya...cepat2 ya... =)

    ReplyDelete
  2. Sahabatku Suraida

    InsyaAllah su ^^

    Moga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. Ya shairazi sharizan

    biasa2 saja ni Razi. kisah ni pun bukan sy yg buat. bahan bacaan dlm lappy.so, kongsilah untuk bacaan para pembaca :)

    tahap nak buat novel tu..belum lagi bah ^^ insyaAllah. teringin juga sebenarnya heh~

    kamu tu Razi...setiap karya kamu tu..dah bole buat buku sendiri tau. v^^

    moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Doakan supaya jiha menjadi novelis yg terkenal...hehehehehe


    Amin!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...

      Syukran lah kak sue ku sayang...^^.

      Delete