Aku dan Kelalaianku (2)

10:09 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Tidak pernah aku menghampakan permintaan gadis-gadis untuk keluar bersamaku walaupun berdua-duaan, atau bergayut di telefon denganku berjam-jam lamanya, dan menaburkan kata-kata janji manis kepada mereka. Aku telah melalaikan gadis-gadis itu dan diriku sendiri. Aku melakukan segala-gala perkara yang dilarang oleh Allah. Aku hanyut. Apabila kulayan gadis-gadis itu, kupenuhi permintaan mereka, mereka menjadi lebih berminat kepadaku. Dengan kata-kata manja dan lunak suara yang merdu membuatkan aku hanyut dan tidak dapat khusyuk dalam solatku. Inginku bermuhasabah diri mencari ketenangan yang hilang sejak aku menjadi hamba kelalaianku sendiri tapi aku makin hanyut. Aku lemah dengan bisikan-bisikan syaitan yang mengajakku mendekati zina. Aku ingat akan hadis Nabi yang menyatakan bahawa fitnah paling besar kepada kaum lelaki adalah wanita. Aku tahu bahawa tidak sepatutnya aku bergaul mesra dengan mereka. Aku tahu aku tidak sepatutnya bergaul mesra dengan wanita tetapi aku tidak mengaplikasikan pengetahuanku. Hasilnya, hidayah Tuhan itu makin jauh dariku dari hari ke hari. Hatiku makin gelap. Aku hanya mempamerkan ke'alimanku padahal aku sebenarnya tidak begitu. Ya Allah, berpura-puranya aku.

"Engkau akan menemui seburuk-buruk manusia di sisi Allah nanti pada hari Qiamat, iaitu orang yang bermuka dua. Orang yang datang kepada satu golongan dengan satu wajah dan datang kepada golongan yang lain dengan wajah yang lain pula." (HR. Muslim dan Abu Daud)

Setiap waktu, terbayang-bayang wajah mereka di mataku, dapat pula kubandingkan yang mana satu antara gadis-gadis itu yang lebih menawan dan mempesona. Aku hilang di balik igauan suara manis dan manja seorang gadis. Aku makin hanyut dalam hidupku sehinggalah aku ke menara gading.

Menemui alam universiti, aku semakin lalai. Aku bertemu dengan seorang gadis ayu yang bernama Maisarah. Aku terpikat dengan kecantikan dan kelembutan Maisarah. Aku makin gembira apabila aku mengetahui Maisarah berada dalam kursus yang sama denganku. Dengan gaya sopan dan femininnya saja dapat membuatkan jantungku berdegup kencang. Sering kulemparkan pandangan menggoda kepadanya semata-mata untuk membuatkan dia terpikat hati kepadaku. Maisarah juga begitu. Sering memandang dan merenungku. Pandangannya yang tajam membuatkan hatiku menjadi tidak keruan.

Rasulullah bersabda kepada Saidina Ali: "Ya Ali, janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua." (HR. Imam Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, dan Al Hakim)

Bahayanya pandangan mata menyebabkan Islam melarang lelaki dan perempuan dari saling memandang kerana dari pandangan mata maka hati akan berdetik memikirkan tentang orang yang memandang lalu melalaikan hati dari mengingati-Nya dan membuatkan hati ini dinodai maksiat. Dari mata turun ke hati. Pandangan mata yang bernafsu adalah perkara yang telah melalaikan aku. Aku hanyut dalam pandangan dan cinta Maisarah. Pada suatu hari aku memberanikan diri untuk menegurnya. Aku sedar bahawa Islam melarangku menghampiri zina dan dengan menghulurkan salam perkenalan atas dasar nafsu, aku sebenarnya telah menghampiri zina yang sesungguhnya dilarang keras oleh Allah dan Rasul-Nya. Namun, gelojak hatiku ini yang meronta-ronta ingin berkenalan dengannya membuatkan aku lalai dihanyut nafsu. Dengan wajahku yang menjadi kegilaan gadis-gadis, aku yakin bahawa Maisarah akan terpaut hati denganku. Dan lamaranku untuk bersahabat dengannya berbalas. Aku mula rapat dengan wanita yang merupakan bukan mahramku. Setiap hari, kami akan duduk bersama untuk berdiskusi tentang pelajaran di kelas, berdua-duaan makan bersama, bergurau-senda, dan keluar bersama. Terkadang, aku lalai apabila memandang Maisarah. Aku lupa kepada Penciptaku...

bersambung..


p/s: Kisah ini semoga menjadi teladan dan pengajaran buat saudara saudari seislam. InsyaAllah. Siapa pun yang menulis kisah ini, semoga Allah memberkatinya.

You Might Also Like

3 comments

  1. dah masuk tajuk kedua.

    cukup 40 tajuk boleh "novelkan" ia.

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Pengampun..alhamdulillah da ade juare pun IM 3

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...

    Best!!!
    menanti yg ketiga..

    ReplyDelete